02 Jul 2026, 01:44:21 PM

Top 5 This Week

Related Posts

Hyundai Ioniq 9 Calligraphy Dikesan di Malaysia, Pelancaran Bakal Menjelang?

Kelibat Hyundai Ioniq 9 telah dikesan di Malaysia melalui satu sesi pratonton di bilik pameran Hyundai Balakong, sekali gus memberi bayangan bahawa pelancarannya bakal diadakan tidak lama lagi. Selain itu, model EV tersebut juga telah disahkan akan dipamerkan di Kuala Lumpur International Mobility Show 2026 (KLIMS 2026) yang dijadualkan berlangsung dari 12-21 Jun 2026 di

Sebagai sebuah SUV saiz besar dengan tiga baris tempat duduk, unit Ioniq 9 yang dikesan ini hadir dalam kemasan mewah Calligraphy. Di sebalik reka bentuknya yang gah, ia menawarkan jarak gerak yang mengagumkan sehingga 620 km (WLTP) bagi varian Long Range RWD yang dilengkapi bateri litium-ion 110.3 kWh. Bagi varian ini, ia menggunakan motor tunggal berkuasa 215 PS.

Hyundai Ioniq 9 Calligraphy Dikesan di Malaysia, Pelancaran Bakal Menjelang?

Untuk prestasi yang lebih bertenaga, varian Long-Range AWD menambah motor hadapan 94 PS ke dalam rangkaian kuasanya. Bagaimanapun, prestasi kemuncak ditawarkan melalui varian Performance AWD yang menggunakan dwi-motor 215 PS pada gandar hadapan dan belakang. Seni bina 800V pada model ini menyokong pengecasan pantas DC sehingga 350 kW, yang membolehkan pengecasan dari 10-80% dalam masa hanya 24 minit.

Ioniq 9 mempunyai ukuran panjang 5,060 mm, lebar 1,981 mm, dan tinggi 1,791 mm dengan jarak roda sejauh 3,312 mm. Model ini mempunyai pertalian rapat dengan Kia EV9 yang turut dijual di sini, memandangkan kedua-duanya dibina di atas platform yang sama iaitu Electric Global Modular Platform (e-GMP).

Hyundai Ioniq 9 Calligraphy Dikesan di Malaysia, Pelancaran Bakal Menjelang?

Antara pesaing utamanya termasuklah Volvo EX90 dan Tesla Model X, selain Volkswagen ID.Buzz dan Peugeot e-5008.

SUV ini menampilkan kluster digital 12.3-inci yang digandingkan dengan skrin sentuh 12.3-inci dalam satu paparan lengkung panoramik bersepadu. Bagi pemandu, ia turut dilengkapi dengan paparan unit dongak (HUD).

Hyundai Ioniq 9 Calligraphy Dikesan di Malaysia, Pelancaran Bakal Menjelang?

Kemasan utama Calligraphy menambah ciri-ciri eksklusif seperti rim aloi 21-inci, kulit Nappa, tempat duduk santai (relaxation seats), sistem audio BOSE, kemasan krom pada bampar dan acuan badan, dapra sisi mengikut warna badan, serta stereng balutan kulit dwi-warna.

Penumpang baris kedua bakal menikmati tempat duduk santai dengan penyandar kaki yang boleh dipusingkan, sekali gus memberikan pengalaman perjalanan yang menenangkan, terutamanya apabila digabungkan dengan sistem kawalan bunyi aktif.

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles