02 Jul 2026, 01:57:13 PM

Top 5 This Week

Related Posts

Chery Malaysia Jalankan Ujian Bateri Dengan Api – Didedahkan Lebih 1,000°C Selama 80 Saat

Chery Malaysia hari ini menjalankan demonstrasi keselamatan bateri secara langsung, dengan mendedahkan bateri plug-in hybrid kepada suhu ekstrem di hadapan media dan wakil kerajaan. Acara yang berlangsung di Serdang itu menyaksikan bateri yang digunakan pada Chery Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV menjalani ujian api suhu tinggi, melibatkan fasa pemanasan awal diikuti pendedahan api

Chery Malaysia hari ini menjalankan demonstrasi keselamatan bateri secara langsung, dengan mendedahkan bateri plug-in hybrid kepada suhu ekstrem di hadapan media dan wakil kerajaan.

Acara yang berlangsung di Serdang itu menyaksikan bateri yang digunakan pada Chery Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV menjalani ujian api suhu tinggi, melibatkan fasa pemanasan awal diikuti pendedahan api secara terus selama 1 minit 20 saat.

Menurut Chery, bateri tersebut terdedah kepada suhu melebihi 1,000°C sepanjang ujian. Sepanjang demonstrasi, tiada peningkatan api atau pembakaran tidak terkawal dilaporkan, dan pek bateri juga dilihat kekal dalam keadaan stabil tanpa perubahan bentuk yang ketara.

Chery Malaysia Jalankan Ujian Bateri Dengan Api – Didedahkan Lebih 1,000°C Selama 80 Saat

Ujian ini dijalankan di kawasan terbuka, membolehkan semua yang hadir melihat keadaan bateri sebelum, semasa dan selepas ujian. Chery menyatakan pendekatan ini bertujuan menunjukkan tahap keselamatan secara telus, bukan hanya dalam persekitaran makmal.

Bateri yang diuji merupakan sebahagian daripada sistem Super Hybrid Chery yang digunakan pada model PHEV mereka. Syarikat itu turut menyatakan bahawa ujian keselamatan seumpama ini telah dijalankan di peringkat global, termasuk ujian pelanggaran, rendaman air laut, pendedahan haba ekstrem, serta ujian penembusan di pasaran lain.

Chery Malaysia Jalankan Ujian Bateri Dengan Api – Didedahkan Lebih 1,000°C Selama 80 Saat

Namun begitu, beberapa maklumat penting tidak didedahkan, termasuk tahap cas bateri semasa ujian dijalankan. Ini merupakan faktor penting kerana tingkah laku bateri di bawah suhu tinggi boleh berbeza bergantung kepada tahap cas. Bateri yang dicas penuh biasanya mewakili situasi yang lebih mencabar berbanding bateri pada tahap cas rendah.

Selain itu, Chery turut menekankan aspek keselamatan model elektrifikasinya, dengan Tiggo 7 PHEV mencapai penarafan 5 bintang ASEAN NCAP, serta ditawarkan dengan jaminan sehingga 10 tahun atau 200,000 km meliputi bateri, motor dan unit kawalan.

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles