02 Jul 2026, 10:55:21 AM

Top 5 This Week

Related Posts

Dari RM115k, 2026 Proton X70 Sport Edition Dilancar, Terhad 600 Unit

2026 Proton X70 Sport Edition kini dilancarkan, sebagai varian edisi terhad dengan harga RM 115,300 atas jalan tanpa insurans di Semenanjung Malaysia. Dibina berasaskan varian Premium, X70 Sport Edition ini dihadkan kepada 600 unit dan ditawarkan secara eksklusif dalam warna Quartz Black. Dari segi luaran, X70 Sport Edition tampil dengan aerokit khas merangkumi front, side

2026 Proton X70 Sport Edition kini dilancarkan, sebagai varian edisi terhad dengan harga RM 115,300 atas jalan tanpa insurans di Semenanjung Malaysia. Dibina berasaskan varian Premium, X70 Sport Edition ini dihadkan kepada 600 unit dan ditawarkan secara eksklusif dalam warna Quartz Black.

Dari segi luaran, X70 Sport Edition tampil dengan aerokit khas merangkumi front, side dan rear skirts dengan kemasan aksen merah. Ia juga dilengkapi rim aloi 19 inci berwarna hitam berkilat, bersama lencana Sport Edition di pintu belakang.

Dari RM115k, 2026 Proton X70 Sport Edition Dilancar, Terhad 600 Unit

Di bahagian dalaman, perubahan lebih tertumpu kepada sentuhan gaya dan sedikit tambahan praktikal. Kabin menerima jahitan kontras merah pada tempat duduk, stereng dan perehat tangan hadapan, bersama sulaman Sport Edition pada tempat duduk hadapan. Dulang but turut disertakan sebagai sebahagian daripada pakej ini.

Menurut Proton, penambahbaikan ini bernilai sekitar RM 6,000, namun tambahan harga berbanding varian Premium hanyalah RM 2,500.

Dari RM115k, 2026 Proton X70 Sport Edition Dilancar, Terhad 600 Unit

Dari segi mekanikal, tiada perubahan. 2026 Proton X70 Sport Edition masih menggunakan enjin 1.5 liter turbo 4-silinder yang menghasilkan 181 PS dan 290 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik klac berkembar basah 7 kelajuan yang memacu roda hadapan.

Senarai kelengkapan juga kekal sama seperti varian Premium, termasuk skrin infotainmen 12.3 inci dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, serta pakej ADAS Tahap 2.

Dari RM115k, 2026 Proton X70 Sport Edition Dilancar, Terhad 600 Unit

Setiap pembelian turut disertakan pakej pelancaran Proton, termasuk jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan, pakej data 5 tahun, pilihan pembiayaan, sokongan trade-in sehingga RM 2,000, serta manfaat insurans.

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles