Jetour T2 kini telah mencapai 4,089 tempahan di Malaysia, menurut kemas kini terbaru yang dikongsi di saluran media sosial rasmi jenama itu. Ketika diperkenalkan sebelum ini, T2 ditawarkan dengan rebat RM 2,000 untuk pembeli terawal, menjadikan harga daripada RM 157,669 kepada RM 155,669 (atas jalan tanpa insurans). Tawaran ini masih terpakai untuk 5,000 unit pertama
Jetour T2 kini telah mencapai 4,089 tempahan di Malaysia, menurut kemas kini terbaru yang dikongsi di saluran media sosial rasmi jenama itu.
Ketika diperkenalkan sebelum ini, T2 ditawarkan dengan rebat RM 2,000 untuk pembeli terawal, menjadikan harga daripada RM 157,669 kepada RM 155,669 (atas jalan tanpa insurans). Tawaran ini masih terpakai untuk 5,000 unit pertama yang didaftarkan.
Sebagai imbas kembali, Jetour T2 dikuasakan oleh enjin 2.0 liter turbo 4-silinder yang menghasilkan 245 PS dan 375 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik klac berkembar basah 7 kelajuan serta sistem pacuan semua roda.
Ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu 2.0TD XWD, T2 hadir dengan skrin meter digital 10.25 inci, skrin infotainmen 15.6 inci, Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, sistem audio Sony 12 pembesar suara, kamera 360 darjah, tempat duduk hadapan berpengudaraan, bumbung panoramik serta ADAS Tahap 2.
Setiap pembelian turut disokong jaminan kenderaan selama 7 tahun atau 150,000 km, jaminan trenkuasa selama 10 tahun atau 1,000,000 km, serta lima kali servis percuma termasuk alat ganti dan buruh.

