Hyundai telah mendedahkan Ioniq 3 serba baharu, model hatchback elektrik kompak yang menjadi tambahan terkini dalam barisan Ioniq. Dari segi rekaan, Ioniq 3 memperkenalkan konsep “Aero Hatch”, dengan bahagian hadapan rendah serta garis bumbung yang panjang sebelum menurun ke belakang. Rekaan ini memberi fokus kepada aerodinamik dan ruang dalaman, dengan pekali seretan serendah 0.263. Dari
Hyundai telah mendedahkan Ioniq 3 serba baharu, model hatchback elektrik kompak yang menjadi tambahan terkini dalam barisan Ioniq.
Dari segi rekaan, Ioniq 3 memperkenalkan konsep “Aero Hatch”, dengan bahagian hadapan rendah serta garis bumbung yang panjang sebelum menurun ke belakang. Rekaan ini memberi fokus kepada aerodinamik dan ruang dalaman, dengan pekali seretan serendah 0.263.
Dari segi saiz, Ioniq 3 berukuran 4,155 mm panjang (4,170 mm untuk N Line), 1,800 mm lebar dan 1,505 mm tinggi, dengan jarak roda 2,680 mm.
Di bawah badan, model ini dibina atas platform E-GMP, namun menggunakan sistem elektrik 400V berbanding 800V yang digunakan pada model Ioniq lebih besar.
Dua pilihan bateri ditawarkan. Varian standard menggunakan bateri 42.2 kWh dengan jarak sehingga 344 km (WLTP), manakala varian jarak jauh menggunakan bateri 61 kWh dengan jarak sehingga 496 km.
Kuasa disalurkan ke roda hadapan melalui motor elektrik yang menghasilkan sehingga 107.8 kW (147 PS) dan 250 Nm. Pecutan 0 hingga 100 km/j mengambil masa sekitar 9.0 hingga 9.6 saat, dengan kelajuan maksimum 170 km/j.
Untuk pengecasan, Ioniq 3 menyokong pengecasan pantas DC dari 10 hingga 80% dalam masa sekitar 29 hingga 30 minit, serta pengecasan AC sehingga 22 kW. Fungsi vehicle-to-load (V2L) turut disediakan.
Di bahagian dalaman, Ioniq 3 memberi fokus kepada ruang dan praktikaliti, dengan lantai rata dan susun atur kabin yang direka untuk memuatkan lima penumpang dengan selesa. Ruang but berkapasiti 441 liter, termasuk ruang simpanan tambahan di bawah lantai.
Sistem infotainmen baharu Pleos Connect berasaskan Android Automotive turut diperkenalkan, dengan skrin sehingga 14.6 inci serta fungsi seperti digital key, perancangan laluan EV dan plug-and-charge.
Dari segi keselamatan, Ioniq 3 dilengkapi sistem Hyundai SmartSense termasuk Highway Driving Assist 2, Remote Smart Parking Assist, kamera 360 darjah dan blind-spot view monitor.



