2026 Subaru Crosstrek kini rasmi dilancarkan di Malaysia pada harga RM 190,788 atas jalan tanpa insurans. Sebelum ini dikenali sebagai Subaru XV, model generasi ketiga ini kini menggunakan nama Crosstrek secara global. Untuk pasaran Malaysia, ia ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu 2.0i-S EyeSight dan diimport (CBU) dari Jepun. Dari segi saiz, Crosstrek berukuran
2026 Subaru Crosstrek kini rasmi dilancarkan di Malaysia pada harga RM 190,788 atas jalan tanpa insurans. Sebelum ini dikenali sebagai Subaru XV, model generasi ketiga ini kini menggunakan nama Crosstrek secara global. Untuk pasaran Malaysia, ia ditawarkan dalam satu varian sahaja iaitu 2.0i-S EyeSight dan diimport (CBU) dari Jepun.
Dari segi saiz, Crosstrek berukuran 4,480 mm panjang, 1,800 mm lebar dan 1,580 mm tinggi, dengan jarak roda 2,670 mm. Ruang but pula ialah 291 liter dan boleh diperluaskan sehingga 883 liter apabila tempat duduk belakang dilipat.
Di bawah badan, ia masih menggunakan Subaru Global Platform, kini dengan casis yang dikatakan 10% lebih tegar berbanding sebelum ini. Kuasa pula datang daripada enjin boxer 2.0 liter naturally aspirated yang menghasilkan 156 PS dan 196 Nm, dipadankan dengan transmisi Lineartronic CVT.
Seperti kebiasaan Subaru, kuasa dihantar ke keempat-empat roda menerusi sistem Symmetrical All-Wheel Drive. Dual-function X-Mode, SI-Drive, hill descent control, active torque vectoring dan vehicle dynamics control turut disertakan.
Kelengkapan standard termasuk rim 18 inci, lampu LED dan lampu kabus LED, bumbung suria berkuasa, tailgate berkuasa, tempat duduk balutan kulit, kemasukan tanpa kunci, pendingin hawa dwi-zon, wireless Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas tanpa wayar, paddle shifter dan skrin infotainmen menegak 11.6 inci.
Dari segi keselamatan, Crosstrek dilengkapi lapan beg udara, steering-responsive headlights, multi-view monitor, reverse automatic braking serta sistem EyeSight terkini Subaru yang kini menggunakan stereo camera bersama kamera monocular sudut lebar tambahan.
Fungsi ADAS termasuk autonomous emergency braking, emergency steering, adaptive cruise control, lane departure prevention, lane centring control, blind spot monitoring, driver monitoring dan high beam assist.
Setiap pembelian Crosstrek didatangkan dengan waranti lima tahun atau 100,000 km. Lapan pilihan warna ditawarkan termasuk Crystal White Pearl, Ice Silver Metallic, Magnetite Grey Metallic, Crystal Black Silica, Sapphire Blue Pearl, Pure Red, Sand Dune Pearl dan Citron Yellow Pearl.


