Mercedes-Benz Malaysia dan Asbenz Stern telah membuka Mercedes-Benz Autohaus baharu di Kuantan, Pahang. Terletak di Indera Mahkota, fasiliti baharu ini digambarkan sebagai Mercedes-Benz Autohaus terbesar di Pantai Timur, dengan keluasan binaan keseluruhan 65,340 kaki persegi. Autohaus ini merangkumi ruang pameran dan kawasan pelanggan seluas 26,565 kaki persegi, dengan kapasiti untuk mempamerkan sehingga enam kenderaan. Ruang
Mercedes-Benz Malaysia dan Asbenz Stern telah membuka Mercedes-Benz Autohaus baharu di Kuantan, Pahang. Terletak di Indera Mahkota, fasiliti baharu ini digambarkan sebagai Mercedes-Benz Autohaus terbesar di Pantai Timur, dengan keluasan binaan keseluruhan 65,340 kaki persegi.
Autohaus ini merangkumi ruang pameran dan kawasan pelanggan seluas 26,565 kaki persegi, dengan kapasiti untuk mempamerkan sehingga enam kenderaan. Ruang pelanggan turut merangkumi Star Lounge serta akses kepada Mercedes-Benz Lifestyle Collection.
Fasiliti ini juga menggabungkan perkhidmatan jualan dan selepas jualan di bawah satu bumbung. Buat pertama kali untuk Asbenz Stern, Kuantan Autohaus ini turut menawarkan perkhidmatan body and paint, memperluaskan keupayaan selepas jualan syarikat itu di rantau ini.
Ia dilengkapi sehingga 16 work bay, menyokong kerja penyelenggaraan berkala serta pembaikan yang lebih menyeluruh. Perkhidmatan dijalankan oleh juruteknik terlatih dan bertauliah Mercedes-Benz.
Autohaus baharu ini turut menyokong kenderaan elektrifikasi, dengan kemudahan pengecasan pantas DC sehingga 120 kW di lokasi. Pengecas tersebut mampu mengecas dua kenderaan serentak, bagi model Mercedes-Benz elektrik penuh dan plug-in hybrid.
Asbenz Stern telah melabur RM23 juta untuk Kuantan Autohaus ini. Setakat ini, syarikat tersebut telah melabur sejumlah RM35 juta merentasi rangkaiannya, yang kini merangkumi tiga Autohaus di Kedah, Pahang dan Terengganu.
Fasiliti baharu ini menggunakan identiti runcit terkini Mercedes-Benz, dengan fokus kepada pengalaman pelanggan yang lebih digital dan lancar.

