Pemasangan tempatan (CKD) iCaur 03 telah bermula di Malaysia, dengan produksi dijalankan di kilang Chery Corporate Malaysia di Shah Alam. Batch pertama unit CKD dijangka tiba di rangkaian pengedar iCaur seluruh negara menjelang akhir Mei 2026. Buat masa ini, iCaur 03 pemasangan tempatan ditawarkan dalam satu varian sahaja, iaitu Intelligent All Wheel Drive (iWD), pada
Pemasangan tempatan (CKD) iCaur 03 telah bermula di Malaysia, dengan produksi dijalankan di kilang Chery Corporate Malaysia di Shah Alam. Batch pertama unit CKD dijangka tiba di rangkaian pengedar iCaur seluruh negara menjelang akhir Mei 2026.
Buat masa ini, iCaur 03 pemasangan tempatan ditawarkan dalam satu varian sahaja, iaitu Intelligent All Wheel Drive (iWD), pada harga RM 129,880 atas jalan tanpa insurans di Semenanjung Malaysia.
Harga ini hampir sama dengan versi CBU iWD yang sebelum ini berharga RM 129,800 sebelum cukai jalan EV diambil kira. Dengan cukai jalan, versi CBU iWD kini berharga RM 130,080, menjadikan versi CKD ini RM 200 lebih murah.
Dari segi spesifikasi, iCaur 03 iWD CKD mengekalkan tetapan sama seperti model CBU. Ia menggunakan trenkuasa dwi-motor dengan output keseluruhan 279 PS dan 385 Nm, membolehkan pecutan 0 hingga 100 km/j dalam 6.5 saat.
Motor elektrik tersebut dikuasakan oleh bateri lithium iron phosphate (LFP) 69.8 kWh, menawarkan jarak sehingga 418 km mengikut kitaran NEDC.
Pengecasan menyokong sehingga 6.6 kW AC dan 80 kW DC fast charging, dengan pengecasan 30 hingga 80% mengambil masa sekitar 30 minit. Fungsi vehicle-to-load (V2L) turut disertakan, dengan output 3.2 kW.
Kelengkapan standard termasuk rim 19 inci, lampu LED dengan adaptive high beam, bumbung panoramik dengan sunshade berkuasa, upholsteri faux leather, tempat duduk hadapan berkuasa, pendingin hawa dwi-zon, corong pendingin hawa belakang, ventilasi tempat duduk hadapan dan belakang, serta fungsi urutan untuk tempat duduk hadapan.
Ciri lain termasuk wireless Apple CarPlay dan Android Auto, pengecas tanpa wayar 50W, keyless entry dan start, pencahayaan ambien, enam beg udara, 540-degree around view monitor dan 360-degree driving video recorder.
iCaur 03 iWD turut dilengkapi Level 2 ADAS, merangkumi autonomous emergency braking, front and rear collision warning, emergency lane keeping, lane departure warning, lane departure prevention, rear cross traffic alert, adaptive cruise control with traffic jam assist, blind spot monitoring dan door opening warning.
Setiap pembelian iCaur 03 iWD CKD turut hadir dengan pengecas rumah AC 7 kW serta servis berjadual percuma selama dua tahun atau 45,000 km, yang mana tiba dahulu.
Perlindungan waranti kekal sama, iaitu waranti kenderaan tujuh tahun atau 150,000 km, bersama waranti lapan tahun atau 160,000 km untuk bateri dan unit pemacu elektrik. Jika tahap kesihatan bateri jatuh di bawah 70% dalam tempoh waranti, iCaur menyatakan penggantian satu-ke-satu akan diberikan.
iCaur Malaysia turut menyatakan bahawa varian CKD 2WD akan diperkenalkan kemudian.


