UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan bahawa 2026 Toyota Yaris Cross menerima 2,298 tempahan dalam tempoh kurang sebulan sejak tempahan dibuka di Malaysia. Ada dua varian yang ditawarkan, bermula dengan Toyota Yaris Cross 1.5S pada harga RM 99,900, manakala Toyota Yaris Cross 1.5S Hybrid pula berharga RM 109,900. Sebagai ringkasan, Yaris Cross dipasang di kilang
UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan bahawa 2026 Toyota Yaris Cross menerima 2,298 tempahan dalam tempoh kurang sebulan sejak tempahan dibuka di Malaysia. Ada dua varian yang ditawarkan, bermula dengan Toyota Yaris Cross 1.5S pada harga RM 99,900, manakala Toyota Yaris Cross 1.5S Hybrid pula berharga RM 109,900.
Sebagai ringkasan, Yaris Cross dipasang di kilang Toyota Bukit Raja dan dibina atas platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA). Ia berukuran 4,310 mm panjang, 1,770 mm lebar dan 1,615 mm tinggi, dengan jarak roda 2,620 mm.
Varian petrol dikuasakan oleh enjin 1.5 liter naturally aspirated empat silinder yang menghasilkan 106 PS dan 138 Nm, dipadankan dengan transmisi CVT yang memacu roda hadapan.
Varian Hybrid pula menggunakan enjin 1.5 liter Atkinson-cycle bersama motor elektrik. Enjin menghasilkan 91 PS dan 121 Nm, manakala motor elektrik menghasilkan 80 PS dan 141 Nm. Output gabungan adalah 111 PS, disalurkan ke roda hadapan melalui transmisi e-CVT.
Di bahagian dalaman, kedua-dua varian hadir dengan paparan instrumen TFT LCD tujuh inci, skrin infotainmen 10.1 inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, adaptive cruise control, adaptive high beam serta pencahayaan ambien. Varian Hybrid turut menerima pengecas telefon tanpa wayar sebagai kelengkapan standard.
Dari segi keselamatan, Yaris Cross dilengkapi Toyota Safety Sense (TSS), merangkumi Adaptive Cruise Control (ACC), Pre-Collision System (PCS), Lane Departure Alert (LDA), Lane Tracing Assist (LTA) dan Automatic High Beam (AHB).
Toyota Yaris Cross dijual dengan waranti lima tahun tanpa had perbatuan. Varian Hybrid turut menerima waranti lapan tahun untuk bateri, inverter dan power management ECU, yang boleh dilanjutkan dua tahun lagi dengan bayaran RM 2,500.

