02 Jul 2026, 10:05:41 AM

Top 5 This Week

Related Posts

Ferrari Luce Didedahkan, EV Pertama Jenama Dengan 1,050 PS, Jarak 530 km

Ferrari telah mendedahkan Luce secara rasmi, model elektrik penuh pertama jenama itu dan mungkin antara kereta paling kontroversi pernah memakai lencana Prancing Horse. Ferrari Luce direka dengan kerjasama LoveFrom, firma reka bentuk yang diasaskan oleh bekas ketua reka bentuk Apple, Jony Ive, bersama Marc Newson. Masih ada beberapa rujukan Ferrari pada perinciannya, termasuk rekaan “grille”

Ferrari telah mendedahkan Luce secara rasmi, model elektrik penuh pertama jenama itu dan mungkin antara kereta paling kontroversi pernah memakai lencana Prancing Horse. Ferrari Luce direka dengan kerjasama LoveFrom, firma reka bentuk yang diasaskan oleh bekas ketua reka bentuk Apple, Jony Ive, bersama Marc Newson. Masih ada beberapa rujukan Ferrari pada perinciannya, termasuk rekaan “grille”

Ferrari telah mendedahkan Luce secara rasmi, model elektrik penuh pertama jenama itu dan mungkin antara kereta paling kontroversi pernah memakai lencana Prancing Horse.

Ferrari Luce direka dengan kerjasama LoveFrom, firma reka bentuk yang diasaskan oleh bekas ketua reka bentuk Apple, Jony Ive, bersama Marc Newson.

Masih ada beberapa rujukan Ferrari pada perinciannya, termasuk rekaan “grille” hadapan yang lebar, lampu utama nipis, bahu belakang yang kuat dan panel belakang hitam dengan lampu belakang yang tersembunyi sehingga ia menyala. Bahagian belakang juga membawa kembali empat lampu bulat tradisional Ferrari.

Ferrari Luce Didedahkan, EV Pertama Jenama Dengan 1,050 PS, Jarak 530 km

Dari segi saiz, Ferrari Luce berukuran 5,026 mm panjang, 1,999 mm lebar dan 1,544 mm tinggi, dengan jarak roda 2,961 mm. Ia turut menerima rim terbesar pernah dipasang pada sebuah Ferrari, bersaiz 23 inci di hadapan dan 24 inci di belakang.

Di bahagian dalaman, Luce merupakan Ferrari lima tempat duduk penuh yang pertama, dimungkinkan oleh platform elektrik dan ketiadaan susun atur transaxle konvensional. Akses ke tempat duduk belakang dibuat melalui pintu belakang jenis rear-hinged.

Kabin memberi penekanan besar kepada kawalan fizikal dan rasa sentuhan. Stereng tiga jejari flat-bottomed dihasilkan daripada aluminium kitar semula, manakala kawalan lampu dan pengelap cermin masih ditempatkan pada stereng, bersama selector mod pemanduan Manettino yang biasa dilihat pada Ferrari.

Ferrari Luce Didedahkan, EV Pertama Jenama Dengan 1,050 PS, Jarak 530 km

Paparan instrumen menggunakan skrin 12.9 inci yang digabungkan dengan elemen fizikal seperti jarum mekanikal, bezel aluminium dan kanta kaca. Skrin sentuh OLED 12 inci pula diletakkan pada panel kawalan tengah yang boleh dilaraskan menghadap sama ada ke arah pemandu atau penumpang.

Kuasa datang daripada empat motor elektrik yang berasal daripada Ferrari F80. Gandar hadapan menghasilkan 285 PS dan 280 Nm, manakala gandar belakang menghasilkan 843 PS dan 710 Nm.

Output sistem keseluruhan ialah 1,050 PS dan 990 Nm. Dengan launch control diaktifkan, Luce mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 2.5 saat, 0 hingga 200 km/j dalam 6.8 saat dan mencapai kelajuan maksimum 310 km/j.

Ferrari Luce Didedahkan, EV Pertama Jenama Dengan 1,050 PS, Jarak 530 km

Terdapat tiga mod pemanduan utama. Range mode mengekalkan kereta dalam pacuan roda belakang, mengehadkan output kepada 425 PS dan kelajuan maksimum kepada 260 km/j. Tour mode mengaktifkan pacuan semua roda secara kekal dengan 625 PS, manakala Performance mode meningkatkan output kepada 986 PS. Launch control pula membuka output penuh 1,050 PS.

Motor elektrik tersebut dikuasakan oleh bateri 122 kWh yang dibangunkan bersama SK On dan dibina di Maranello. Ferrari mendakwa jarak WLTP dianggarkan sehingga 530 km apabila dipadankan dengan rim aerodinamik standard.

Luce menggunakan seni bina elektrik 800V dan menyokong pengecasan pantas DC sehingga 350 kW. Menurut Ferrari, bateri boleh menerima 70 kWh tenaga dalam masa 20 minit, manakala pengecasan AC disokong sehingga 22 kW.

Ferrari Luce Didedahkan, EV Pertama Jenama Dengan 1,050 PS, Jarak 530 km

Walaupun angka prestasi menjadi tumpuan, Ferrari menyatakan Luce bukan sekadar tentang nombor. Kereta ini menggunakan struktur dengan penggunaan meluas aluminium kitar semula, suspensi double wishbone di semua penjuru dan rear subframe elastically-mounted pertama Ferrari untuk meningkatkan tahap refinement.

Sistem suspensi aktifnya berasal daripada Purosangue dan F80, manakala bahagian hadapan boleh direndahkan sebanyak 10 mm untuk mengurangkan drag. Ferrari turut mendakwa Luce mempunyai pusat graviti 95 mm lebih rendah berbanding Purosangue, hasil integrasi bateri ke dalam lantai.

Sistem casis merangkumi Side Slip Control X, Active Suspension Control generasi ketiga, Virtual Short Wheelbase rear-wheel steering, Ferrari Dynamic Enhancer+ dan ABS Evo dengan regenerative braking yang dipertingkatkan. Sistem regenerative braking itu mampu memberikan nyahpecutan sehingga 0.5 g.

Ferrari Luce Didedahkan, EV Pertama Jenama Dengan 1,050 PS, Jarak 530 km

Setiap roda digerakkan secara individu, membolehkan torque vectoring sebenar melalui sistem yang dinamakan Ferrari Lateral Optimisation Wheeltorque, atau FLOW. Luce turut menerima rear virtual limited-slip differential dan versi adaptasi sistem kawalan cengkaman F1-Trac Ferrari.

Ferrari juga memperkenalkan Torque Shift Engagement, sejenis tingkah laku pertukaran gear simulasi yang dikawal melalui paddle shift pada stereng. Namun, berbanding meniru kotak gear konvensional, Ferrari menyatakan sistem ini memberi pemandu lima tahap kawalan pecutan dan nyahpecutan untuk melaras karakter kereta ketika mengambil selekoh.

Dari segi bunyi, Ferrari memilih untuk tidak mensimulasikan bunyi enjin pembakaran dalaman. Sebaliknya, Luce menguatkan bunyi terpilih daripada motor elektrik, gear dan komponen berputar, yang ditapis dan dimainkan melalui sistem audio 21 pembesar suara dengan output 3,000 watt. Pembesar suara luaran turut digunakan supaya kereta ini boleh didengari dari luar.

Ferrari Luce dijangka berharga EUR550,000 dan akan mula dijual di Eropah awal tahun depan.

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles