02 Jul 2026, 10:16:42 AM

Top 5 This Week

Related Posts

Dari RM349k, Ford Everest Platinum Dilancarkan Di Malaysia – 3.0L V6 Diesel, 250 PS/600 Nm

Sime Darby Auto ConneXion telah melancarkan tiga varian baharu Ford Everest di Malaysia, diterajui oleh Ford Everest Platinum baharu. Varian baharu tersebut ialah Everest Platinum 3.0L, Everest Platinum 2.0L dan Everest Sport 2.0L yang dikemas kini, sekali gus memperluaskan barisan Everest tempatan dengan pilihan trenkuasa baharu dan kelengkapan yang diperbaharui. Di kedudukan tertinggi ialah Ford

Di kedudukan tertinggi ialah Ford Everest Platinum 3.0L, berharga RM430,888 atas jalan tanpa insurans. Varian ini dikuasakan oleh enjin 3.0 liter V6 turbo diesel yang menghasilkan 250 PS pada 3,250 rpm dan tork 600 Nm dari 1,750 hingga 2,000 rpm.

Dari RM349k, Ford Everest Platinum Dilancarkan Di Malaysia – 3.0L V6 Diesel, 250 PS/600 Nm

Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan dengan e-Shifter. Platinum 3.0L turut menerima sistem pacuan empat roda sepenuh masa ElectroMagnetic Transfer Case (EMTC), yang membolehkan agihan tork pintar untuk meningkatkan cengkaman, kestabilan dan kawalan.

Ford Everest Platinum 2.0L pula berharga RM348,888. Ia menggunakan enjin 2.0 liter turbo diesel yang menghasilkan 170 PS dan 405 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan SelectShift dan sistem pacuan empat roda part-time Electronic Shift-On-The-Fly (ESOF).

Dari RM349k, Ford Everest Platinum Dilancarkan Di Malaysia – 3.0L V6 Diesel, 250 PS/600 Nm

Kedua-dua varian Platinum diposisikan di atas rangkaian Everest sedia ada dan tampil dengan penampilan lebih premium. Platinum 3.0L menerima gril tersendiri dengan tulisan “Platinum” berwarna hitam pada bonet, bersama lencana Platinum pada pintu hadapan dan tailgate. Ia juga menggunakan rim aloi 21 inci dengan tayar bersaiz 275/45 R21.

Platinum 2.0L pula menerima kemasan premium yang hampir sama, lampu utama Matrix LED, lampu nyalaan siang berbentuk C-clamp dan rim aloi 20 inci dengan tayar bersaiz 255/55 R20.

Dari RM349k, Ford Everest Platinum Dilancarkan Di Malaysia – 3.0L V6 Diesel, 250 PS/600 Nm

Di bahagian dalaman, kedua-dua varian Platinum dilengkapi skrin sentuh tengah 12 inci dengan sambungan tanpa wayar dan Ford SYNC 4A. Platinum 3.0L menambah kelengkapan premium seperti tempat duduk hadapan berkuasa 10 hala dengan pemanas, ventilasi dan memori pemandu, upholsteri kulit quilted, lencana Platinum dalam kabin dan sistem audio Bang & Olufsen 12 pembesar suara.

Platinum 2.0L turut menerima tempat duduk hadapan berkuasa dan kemasan kabin lebih premium, tetapi menggunakan sistem audio lapan pembesar suara standard. Kedua-dua varian Platinum juga hadir dengan bumbung panoramik.

Dari RM349k, Ford Everest Platinum Dilancarkan Di Malaysia – 3.0L V6 Diesel, 250 PS/600 Nm

Ford Everest Sport 2.0L yang dikemas kini pula berharga RM316,888. Ia masih menggunakan enjin 2.0 liter turbo diesel yang menghasilkan 170 PS dan 405 Nm, tetapi kini dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan SelectShift dan sistem pacuan empat roda part-time.

Everest Sport 2.0L turut menerima enam mod pemanduan boleh pilih, termasuk Mud/Ruts dan Sand, bersama tempat duduk dua tona baharu dengan rekaan lebih sporty.

Dari RM349k, Ford Everest Platinum Dilancarkan Di Malaysia – 3.0L V6 Diesel, 250 PS/600 Nm

Dari segi keselamatan, Everest Platinum hadir dengan tujuh beg udara, hill descent control, hill launch assist, roll-over mitigation, pemantauan tekanan tayar, sensor parkir hadapan dan belakang serta kamera 360 darjah.

Sistem bantuan pemandu pula merangkumi adaptive cruise control dengan stop-and-go dan lane centring, autonomous emergency braking dengan pedestrian detection, forward collision warning dengan brake support, post-impact braking, lane departure warning, blind spot information system, rear cross traffic alert and braking, reverse brake assist dan evasive steer assist.

Dari RM349k, Ford Everest Platinum Dilancarkan Di Malaysia – 3.0L V6 Diesel, 250 PS/600 Nm

Pilihan warna untuk Everest Platinum 3.0L ialah Acacia Green, Meteor Grey dan Absolute Black. Everest Platinum 2.0L pula ditawarkan dalam warna Acacia Green, Meteor Grey, Arctic White dan Absolute Black.

Everest Sport 2.0L yang dikemas kini pula tersedia dalam warna Command Grey, Lightning Blue, Arctic White dan Absolute Black.

Dari RM349k, Ford Everest Platinum Dilancarkan Di Malaysia – 3.0L V6 Diesel, 250 PS/600 Nm

Varian baharu Ford Everest kini boleh ditempah di pengedar Ford sah seluruh negara. Sempena pelancaran ini, pelanggan yang mengesahkan pembelian mana-mana varian Everest baharu sepanjang bulan Jun akan menerima servis percuma selama dua tahun.

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles