17 Jul 2026, 04:29:59 PM

Ad Space 900 x 250 billboard-v1
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v1
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v2
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v3
Ad Space 300 x 600 half-page-v1

Top 5 This Week

Related Posts

Jualan Proton Melantun Pada Julai Ke Tahap Tertinggi Sejak September 2022

Ad Space 728 x 90 leaderboard-v1
Proton menjual 15,103 unit pada bulan Julai (domestik dan eksport) untuk mencatatkan permulaan yang kukuh bagi separuh kedua tahun ini dan mengukuhkan kedudukannya di tempat kedua dalam carta jualan automotif. Volum jualan meningkat sebanyak  37.3% berbanding bulan sebelumnya, apabila penutupan kilang yang dirancang untuk aktiviti penambahbaikan  operasi yang dijadualkan memberi kesan kepada angka pengeluaran. Sebagai

Jumlah jualan tahun sehingga kini (YTD) adalah sebanyak 88,799 unit. Jumlah volum industri (TIV) untuk bulan  tersebut dianggarkan sebanyak 73,761 unit, meningkat sebanyak 27.1% berbanding bulan sebelumnya,  manakala bahagian pasaran Proton pada bulan Julai telah meningkat kepada 20.5%.  

Jualan Proton Melantun Pada Julai Ke Tahap Tertinggi Sejak September  2022

Ad Space 728 x 90 article-banner-v1

Petumbuhan jualan Proton pada bulan Julai diterajui oleh Proton Saga, kereta kegemaran Malaysia yang terus  menarik ribuan pembeli dalam tahun ke-39 pengeluaran berterusannya. Sebanyak 7,855 unit terjual pada bulan  Julai, yang merupakan pencapaian terbaik untuk model tersebut sejak Oktober 2013. Ini membawa jumlah jualan  YTD untuk Saga kepada 42,693 unit, yang merupakan 8.8% lebih tinggi daripada jualan pada tahun 2023 dan  menetapkannya untuk tahun jualan yang cemerlang. 

Jualan Proton Melantun Pada Julai Ke Tahap Tertinggi Sejak September  2022

Model-model lain dari Proton juga mencapai keputusan yang cemerlang. Sebulan selepas kembali ke puncak  kelas SUV segmen-B, Proton X50 mencatatkan jualan terbaiknya dalam tahun ini apabila Proton X50 2024  menarik semula perhatian pembeli SUV. Sebanyak 2,585 unit terjual pada bulan Julai, menjadikan jumlah jualan  YTD kepada 12,789 unit. 

Ad Space 728 x 90 article-banner-v2

Jualan Proton Melantun Pada Julai Ke Tahap Tertinggi Sejak September  2022

Proton Persona juga mencatatkan jualan terbaiknya untuk tahun 2024 dengan 1,911 unit terjual, menjadikan  jumlah jualan YTD sebanyak 11,664 unit. Proton S70, segmen C terkemuka kelasnya, menjual 1,636 unit pada  bulan Julai dan mempunyai jumlah kumulatif YTD sebanyak 12,550 unit. Secara keseluruhannya, jumlah jualan  Persona dan S70 meletakkan Proton sebagai peneraju jualan sedan segmen-B dan segmen-C, membuktikan  bahawa strategi untuk mengejar jualan sedan dengan dua model yang berbeza telah dilaksanakan dengan  berjaya. 

Jualan Proton Melantun Pada Julai Ke Tahap Tertinggi Sejak September  2022

Untuk model-model Proton yang lain, Proton X70 menjual 302 unit pada bulan Julai ketika stok dikurangkan  sebagai persediaan untuk pelancaran Proton X70 2025. Sementara itu, Proton Iriz mencapai 537 unit jualan,  manakala Proton X90 SUV segmen-D mencatatkan 277 unit. 

Ad Space 728 x 90 leaderboard-v2

Chief Storyteller

Delivering the latest automotive news and comprehensive reviews of the newest cars and motorcycles. Proudly based in Kuala Lumpur, by Malaysians for Malaysians. Owned and operated by Bikes Republic Sdn Bhd.

Ad Space 900 x 250 billboard-v2

Popular Articles