17 Jul 2026, 04:29:39 PM

Ad Space 900 x 250 billboard-v1
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v1
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v2
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v3
Ad Space 300 x 600 half-page-v1

Top 5 This Week

Related Posts

JPJ Panggil Balik 3,722 Kenderaan Termasuk Perodua Alza dan Aruz

Ad Space 728 x 90 leaderboard-v1
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah panggil balik sejumlah 3,722 kenderaan, termasuk model kereta Perodua Alza dan Aruz, serta motosikal Honda CB350RS, akibat isu spesifikasi keselamatan. Menurut Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli, 2,518 model Perodua Alza (1500 X CVT, 1500 H CVT, dan 1500 AV CVT) dan 1,139 model Perodua Aruz (1500 X dan 1500

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah panggil balik sejumlah 3,722 kenderaan, termasuk model kereta Perodua Alza dan Aruz, serta motosikal Honda CB350RS, akibat isu spesifikasi keselamatan. Menurut Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli, 2,518 model Perodua Alza (1500 X CVT, 1500 H CVT, dan 1500 AV CVT) dan 1,139 model Perodua Aruz (1500 X dan 1500

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah panggil balik sejumlah 3,722 kenderaan, termasuk model kereta Perodua Alza dan Aruz, serta motosikal Honda CB350RS, akibat isu spesifikasi keselamatan.

Ad Space 728 x 90 article-banner-v2

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli, 2,518 model Perodua Alza (1500 X CVT, 1500 H CVT, dan 1500 AV CVT) dan 1,139 model Perodua Aruz (1500 X dan 1500 AV) terlibat kerana ketinggian lampu hadapan yang tidak memenuhi piawaian peraturan. Sementara itu, 65 unit motosikal Honda CB350RS ditarik balik akibat masalah sensor kelajuan roda yang menjejaskan ketepatan Sistem Brek Anti-Lock (ABS), kawalan cengkaman, dan meter kelajuan.

Perodua Manufacturing Sdn Bhd dan Boon Siew Honda Sdn Bhd akan menanggung semua kos penggantian komponen yang terlibat. Pemilik yang terjejas disarankan segera menjadualkan pemeriksaan kenderaan mereka. Mereka boleh menunggu panggilan daripada pihak pengeluar atau terus ke pusat servis berdekatan.

Ad Space 728 x 90 article-banner-v1

Untuk maklumat lanjut:

Ad Space 728 x 90 leaderboard-v2

Chief Storyteller

Delivering the latest automotive news and comprehensive reviews of the newest cars and motorcycles. Proudly based in Kuala Lumpur, by Malaysians for Malaysians. Owned and operated by Bikes Republic Sdn Bhd.

Ad Space 900 x 250 billboard-v2

Popular Articles