17 Jul 2026, 07:13:34 PM

Ad Space 900 x 250 billboard-v1
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v1
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v2
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v3
Ad Space 300 x 600 half-page-v1

Top 5 This Week

Related Posts

Proton e.MAS 7 Menerima Lebih 2,500 Tempahan

Ad Space 728 x 90 leaderboard-v1
PRO-NET, anak syarikat kepada pengeluar automotif nasional Proton, dengan  bangganya mengumumkan bahawa Proton e.MAS 7, EV pertama syarikat, telah mencatat lebih 2,500 tempahan.  Pencapaian gemilang ini mencerminkan semangat yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia  terhadap mobiliti lestari dan menandakan permintaan tinggi terhadap Proton e.MAS 7.  Proton e.MAS 7, EV nasional pertama Malaysia, terus menarik

PRO-NET, anak syarikat kepada pengeluar automotif nasional Proton, dengan  bangganya mengumumkan bahawa Proton e.MAS 7, EV pertama syarikat, telah mencatat lebih 2,500 tempahan.  Pencapaian gemilang ini mencerminkan semangat yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia  terhadap mobiliti lestari dan menandakan permintaan tinggi terhadap Proton e.MAS 7.  Proton e.MAS 7, EV nasional pertama Malaysia, terus menarik

PRO-NET, anak syarikat kepada pengeluar automotif nasional Proton, dengan  bangganya mengumumkan bahawa Proton e.MAS 7, EV pertama syarikat, telah mencatat lebih 2,500 tempahan.  Pencapaian gemilang ini mencerminkan semangat yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia  terhadap mobiliti lestari dan menandakan permintaan tinggi terhadap Proton e.MAS 7. 

Proton e.MAS 7, EV nasional pertama Malaysia, terus menarik perhatian kerana inovasi dan nilainya, dengan  menawarkan dua varian iaitu Prime dan Premium yang dikuasakan oleh bateri berkapasiti 49.52 kWh dan 60.22  kWh. Dengan jarak WLTP sehingga 410 km, EV ini menyokong pengecasan AC 11kW dan pengecasan pantas DC  sehingga 100kW. Harga Atas Jalan (tanpa insurans) untuk Proton e.MAS 7 ialah RM109,800 bagi varian Prime dan  RM123,800 bagi varian Premium. Sebagai tawaran pelancaran istimewa untuk 3,000 pelanggan pertama, rebat  RM4,000 diberikan, menjadikan harga varian Prime RM105,800 dan varian Premium RM119,800. 

Proton e.MAS 7 Menerima Lebih 2,500 Tempahan

Ad Space 728 x 90 article-banner-v1

Ciri-Ciri Inovatif dan Pembangunan Tempatan 

Kejayaan Proton e.MAS 7 ini diperkuat dengan gabungan unik inovasi, praktikaliti, dan kemampuan miliknya.  Dibangunkan secara tempatan dengan sokongan pasukan kejuruteraan Proton, e.MAS 7 menawarkan  pengalaman pemanduan dinamik sambil memenuhi keperluan pemandu moden di Malaysia. Direka khas untuk  rakyat Malaysia, ia juga dilengkapi dengan peta pengecasan EV yang komprehensif di mana ia boleh diakses  melalui Aplikasi Proton e.MAS, yang memudahkan pengguna EV di seluruh negara. 

Proton e.MAS 7 Menerima Lebih 2,500 Tempahan

Jadi Sebahagian Daripada Perjalanan 

Ad Space 728 x 90 article-banner-v2

Tempahan untuk Proton e.MAS 7 boleh dibuat di mana-mana daripada 30 bilik pameran Proton e.MAS di seluruh  negara atau melalui laman web Proton e.MAS. Aplikasi Proton e.MAS, yang kini tersedia untuk dimuat turun di  gedung aplikasi, menawarkan kemudahan yang terbaik, memastikan pengalaman pemilikan yang lancar. Tempah  e.MAS 7 anda sekarang dan jadi sebahagian daripada revolusi ke kenderaan elektrik! 

Proton e.MAS 7 Menerima Lebih 2,500 Tempahan

Pakej Power Pack untuk 3,000 Pelanggan Pertama 

Bagi meraikan pencapaian ini, Proton menawarkan Pakej Kuasa Pelancaran istimewa kepada 3,000 pelanggan  pertama, dengan menyediakan pakej manfaat eksklusif bernilai sehingga RM8,000 untuk meningkatkan  pengalaman pemilikan EV: 

  • Power Home: Pengecas 7kW Home Charger Percuma bernilai RM 1,500 
  • Power Plus: V2L Adaptor Percuma bernilai RM 500 
  • Power Online: 5-Tahun Data Internet Tanpa Had bernilai RM 1,800 
  • Power Thru: Jaminan Kenderaan Jarak Tanpa Had selama 6 tahun • Jaminan Bateri dan Komponen  Bervoltan Tinggi 8-Tahun / 160,000km 
  • Power Financing: Kadar Faedah 1.98% dari Proton Commerce sehingga RM3,000 
  • Power Exchange: Rebat Eksklusif Proton Owner Trade-In bernilai RM 1,200 
Ad Space 728 x 90 leaderboard-v2

Chief Storyteller

Delivering the latest automotive news and comprehensive reviews of the newest cars and motorcycles. Proudly based in Kuala Lumpur, by Malaysians for Malaysians. Owned and operated by Bikes Republic Sdn Bhd.

Ad Space 900 x 250 billboard-v2

Popular Articles