2026 Denza D9 telah dikemas kini di China, dengan pra-tempahan dijadualkan bermula pada 29 Mac, seperti dilaporkan oleh CarNewsChina. MPV EV ini terus ditawarkan dalam dua varian iaitu plug-in hybrid (PHEV) dan battery electric (BEV), dengan kemas kini tertumpu kepada prestasi, teknologi bateri dan kelajuan pengecasan. Dari segi visual, perubahan adalah minimum dan tertumpu pada
2026 Denza D9 telah dikemas kini di China, dengan pra-tempahan dijadualkan bermula pada 29 Mac, seperti dilaporkan oleh CarNewsChina. MPV EV ini terus ditawarkan dalam dua varian iaitu plug-in hybrid (PHEV) dan battery electric (BEV), dengan kemas kini tertumpu kepada prestasi, teknologi bateri dan kelajuan pengecasan.
Dari segi visual, perubahan adalah minimum dan tertumpu pada bahagian hadapan, dengan rekaan gril baharu yang menampilkan rupa lebih berlapis.
Bagi varian BEV, konfigurasi pacuan roda hadapan (FWD) dan pacuan semua roda (AWD) masih diteruskan. Versi FWD kini menerima motor hadapan yang lebih berkuasa iaitu 340 kW (462 PS), manakala varian AWD menambah motor belakang 70 kW, menjadikan jumlah output sistem mencecah 410 kW (557 PS).
Varian PHEV pula masih menggunakan enjin turbo 1.5 liter yang digandingkan dengan dua motor elektrik. Output turut dipertingkatkan, dengan enjin kini menghasilkan 156 PS (115 kW), manakala motor elektrik hadapan menghasilkan 272 PS (200 kW). Motor belakang kekal pada 45 kW.
Kedua-dua varian kini menggunakan bateri baharu BYD Short Blade 2.0. Bagi BEV, ini membolehkan jarak pemanduan sehingga 750 km hingga 800 km (CLTC), manakala PHEV menawarkan lebih 400 km jarak pemanduan elektrik sepenuhnya, bersama penggunaan bahan api dilaporkan sekitar 6.35 L/100 km.
Walaupun spesifikasi penuh masih belum didedahkan, Denza mendakwa pengecasan 10 hingga 70% hanya mengambil masa sekitar lima minit, manakala 10 hingga 97% boleh dicapai dalam kira-kira sembilan minit dalam keadaan biasa. D9 yang dikemas kini ini juga menerima sistem bantuan pemandu terkini BYD “God’s Eye” 5.0 (ADAS).
Di Malaysia, Denza D9 kini ditawarkan sebagai model elektrik sepenuhnya. Varian Advanced FWD dijual pada harga RM299,000, manakala Premium AWD berharga RM355,000 (harga bersih, tanpa insurans).
Model spesifikasi Malaysia ketika ini menggunakan bateri 103.6 kWh, menawarkan jarak WLTP sejauh 520 km (FWD) dan 480 km (AWD), dengan output masing-masing 313 PS dan 374 PS.

