Omoda & Jaecoo Malaysia turut mengesahkan bahawa Omoda C7 akan dilancarkan di Malaysia tahun ini, selepas beberapa kali dikesan di jalan raya sebelum ini. Diposisikan dalam segmen SUV C, C7 dijangka ditawarkan dengan pilihan trenkuasa petrol dan juga hybrid. Varian petrol berkemungkinan sama dengan Jaecoo J7 menggunakan enjin 1.6 liter turbo empat silinder yang menghasilkan
Omoda & Jaecoo Malaysia turut mengesahkan bahawa Omoda C7 akan dilancarkan di Malaysia tahun ini, selepas beberapa kali dikesan di jalan raya sebelum ini.
Diposisikan dalam segmen SUV C, C7 dijangka ditawarkan dengan pilihan trenkuasa petrol dan juga hybrid.
Varian petrol berkemungkinan sama dengan Jaecoo J7 menggunakan enjin 1.6 liter turbo empat silinder yang menghasilkan 197 PS dan 290 Nm, dipadankan dengan transmisi dual-clutch tujuh kelajuan.
Versi plug-in hybrid juga dijangka ditawarkan menggunakan sistem Super Hybrid System, menggabungkan enjin 1.5 liter turbo dengan motor elektrik untuk menghasilkan sekitar 360 PS dan 530 Nm.
Sistem ini dipadankan dengan transmisi hybrid khusus serta bateri 18.3 kWh, menawarkan sekitar 95 km jarak elektrik dan sehingga 1,250 km jarak keseluruhan.
Dari segi rekaan, C7 tampil dengan gaya lebih kemas dan premium berbanding C4, dengan lampu hadapan nipis serta lampu belakang melintang penuh.
Di bahagian dalaman, kabin menggunakan susun atur minimalis dengan skrin besar, konsol tengah tinggi serta penggunaan bahan yang lebih premium.


