02 Jul 2026, 10:38:55 AM

Top 5 This Week

Related Posts

Honda Civic Kekal Menjadi Pilihan Utama, Teknologi e:HEV Menjadikannya Lebih Padu

Setiap segmen kenderaan pasti ada penanda arasnya yang tersendiri. Ia tidak semestinya kereta yang paling laju, mempunyai senarai aksesori paling panjang, atau menawarkan pakej pembiayaan paling agresif. Sebaliknya, ia adalah kereta yang sentiasa tersenarai dalam pelan pembelian setiap orang kerana berjaya memenuhi fungsi asas dengan tepat. Dalam pasaran sedan segmen-C di Malaysia, gelaran itu telah

Setiap segmen kenderaan pasti ada penanda arasnya yang tersendiri. Ia tidak semestinya kereta yang paling laju, mempunyai senarai aksesori paling panjang, atau menawarkan pakej pembiayaan paling agresif. Sebaliknya, ia adalah kereta yang sentiasa tersenarai dalam pelan pembelian setiap orang kerana berjaya memenuhi fungsi asas dengan tepat. Dalam pasaran sedan segmen-C di Malaysia, gelaran itu telah

Tanyalah sepuluh orang yang berbeza tentang apa yang mereka mahukan pada sesebuah kereta, dan anda mungkin akan mendapat sepuluh jawapan yang berbeza. Ada yang mengutamakan praktikaliti, manakala yang lain mementingkan prestasi, kecekapan bahan api, keselesaan, teknologi, atau reputasi jenama.

Sebab utama mengapa Civic kekal relevan sekian lama adalah kerana ia berjaya mengimbangi kesemua keperluan tersebut dengan cukup selesa.

Honda Civic Kekal Menjadi Pilihan Utama, Teknologi e:HEV Menjadikannya Lebih Padu

Reka bentuk luarannya nampak menarik tanpa perlu kelihatan keterlaluan. Kemasan berwarna hitam, spoiler, dan rim 18-inci pada varian RS memberikan rupa yang lebih mantap, manakala tempat duduk kulit gabungan suede, pedal aloi, dan headliner hitam menambah sentuhan sporty yang secukupnya di bahagian dalam. Ia bukanlah sebuah kereta yang kelihatan agresif mengikut standard moden, tetapi mungkin reka bentuk ringkas itulah yang membuatkannya kekal tampan merentas masa. Civic tidak perlu lagi ‘menjerit’ untuk menarik perhatian.

Ia menawarkan prestasi yang cukup menyeronokkan tanpa membuatkan pemandu rasa gementar. Ia juga cukup praktikal untuk tugasan keluarga, namun kekal lincah untuk memuaskan hati mereka yang gemar memandu. Apa yang paling penting, ia adalah sebuah kereta yang sentiasa mudah untuk disyorkan kepada sesiapa sahaja.

Pengalaman meluangkan masa bersama Civic generasi FE ketika ia mula-mula tiba di Malaysia dahulu membuktikan bahawa kehebatannya bukan bertumpu pada satu-satu ciri utama sahaja. Sebaliknya, ia adalah tentang betapa lengkapnya keseluruhan pakej yang ditawarkan.

Honda Civic Kekal Menjadi Pilihan Utama, Teknologi e:HEV Menjadikannya Lebih Padu

Posisi pemanduannya sangat cemerlang. Tahap penglihatan (visibiliti) adalah antara yang terbaik dalam kelasnya. Kedudukan butang kawalan terasa natural di tangan, dan ruang kabinnya pula menawarkan keselesaan yang mencukupi untuk empat orang dewasa berjalan jauh. Pendek kata, Honda berjaya menguasai aspek asas dengan sempurna, dan formula itu kekal bertahan sehingga ke hari ini.

Civic terbaru terus mengekalkan reka bentuk luaran yang kemas, kabin yang luas, dan pemanduan mantap yang menjadikannya model penanda aras segmen ini sejak awal lagi. Perbezaannya sekarang, varian tertinggi e:HEV RS menambah satu lagi dimensi baharu kepada pakej sedia ada yang sememangnya sudah padu.

Honda Civic Kekal Menjadi Pilihan Utama, Teknologi e:HEV Menjadikannya Lebih Padu

Nadi utama Civic e:HEV RS ialah rangkaian kuasa e:HEV 2.0 liter Honda, sebuah sistem yang disokong oleh lebih 22 tahun teknologi hibrid Honda. Berbeza dengan sesetengah sistem hibrid lain yang sentiasa memberi peringatan tentang apa yang sedang dilakukannya, pendekatan Honda terasa sangat lancar dan menyenangkan. Kebanyakan masa, anda hanya perlu memandu seperti biasa dan biarkan kereta menguruskan selebihnya.

Dalam kesesakan trafik bandar dan situasi pemanduan perlahan, Civic ini sering beroperasi seperti sebuah kenderaan elektrik (EV). Motor elektrik mengendalikan pergerakan dengan senyap dan lancar, manakala enjin petrol pula berfungsi di bahagian latar belakang apabila diperlukan—sama ada untuk menjana elektrik atau membantu memacu kenderaan secara langsung mengikut keperluan pemanduan.

Pertukaran antara sumber kuasa ini berlaku dengan sangat lancar sehinggakan kebanyakan pemandu tidak akan menyedarinya pun. Tahap kelancaran (refinement) inilah yang boleh dikatakan sebagai kekuatan terbesar sistem ini.

Honda Civic Kekal Menjadi Pilihan Utama, Teknologi e:HEV Menjadikannya Lebih Padu

Hasilnya, ia menghasilkan sebuah kereta yang terasa begitu santai dalam kesesakan trafik, tenang untuk perjalanan jauh, dan sangat menjimatkan minyak jika mengambil kira tahap prestasinya. Bagaimanapun, aspek penjimatan semata-mata bukanlah penarik utama Civic. Model ini sememangnya terkenal sebagai antara sedan yang paling menyeronokkan untuk dipandu dalam segmennya, dan varian hibrid ini meneruskan tradisi tersebut.

Sistem sterengnya kekal jitu dan tepat, memberikan keyakinan penuh kepada pemandu ketika mengambil selekoh. Kawalan badan (body control) juga sangat cemerlang, manakala casisnya berjaya mengimbangi antara keselesaan dan kestabilan—sesuatu yang jarang dapat dicapai oleh pesaingnya.

Honda Civic Kekal Menjadi Pilihan Utama, Teknologi e:HEV Menjadikannya Lebih Padu

Berat tambahan daripada sistem hibrid ini sebenarnya memberikan kelebihan kepada Civic, menjadikannya terasa lebih ‘melekat’ (planted) dan stabil di atas jalan. Digabungkan pula dengan jarak kelegaan tanah yang sedikit rendah serta ketegaran struktur yang dipertingkatkan, Civic e:HEV sentiasa terasa mantap, sama ada ketika mengharungi pemanduan harian ke tempat kerja mahupun melayan selekoh di laluan ‘B-road’ kegemaran anda.

Satu lagi perkara yang tidak kurang pentingnya, kereta ini sangat mudah dan praktikal untuk kehidupan seharian.

Honda Civic Kekal Menjadi Pilihan Utama, Teknologi e:HEV Menjadikannya Lebih Padu

Civic terbaru dilengkapi dengan sambungan Wireless Apple CarPlay dan Android Auto, bersama fungsi Google built-in. Ini memudahkan anda mengakses sistem navigasi, media, dan perkhidmatan pintar terus melalui skrin infotainment.

Ciri-ciri seperti Walk-Away Auto Lock mungkin nampak kecil di atas kertas, tetapi ia sebenarnya menyumbang kepada nilai keseluruhan Civic. Seperti kebanyakan kelebihan lain pada kereta ini, ia adalah jenis ciri yang hanya akan benar-benar anda hargai selepas menggunakannya setiap hari.

Aspek keselamatan juga terus menjadi keutamaan melalui Honda SENSING yang menyediakan rangkaian lengkap sistem bantuan pemandu. Ciri ini direka khas untuk mengurangkan stres ketika pemanduan harian dan menjadikan perjalanan jarak jauh lebih santai.

Honda Civic Kekal Menjadi Pilihan Utama, Teknologi e:HEV Menjadikannya Lebih Padu

Honda Civic akan sentiasa menjadi jawapan automatik setiap kali topik mengenai sedan segmen-C dibincangkan. Sebabnya mudah: sukar untuk mencari kelemahan ketara pada kereta ini kerana setiap aspeknya telah dibangunkan dengan penuh keseimbangan.

Sistem hibrid ini tidak mengubah Civic menjadi sebuah kereta yang asing. Sebaliknya, ia menaikkan lagi taraf kualiti sedia ada yang telah membuatkan Civic begitu berjaya sejak dari awal lagi.

Dalam pasaran hari ini yang semakin dipenuhi dengan kenderaan yang sekadar mengejar skrin lebih besar, ciri-ciri gimik, dan senarai spesifikasi yang panjang, kehadiran sebuah kereta yang fokus untuk memberikan fungsi asas yang mantap adalah sesuatu yang menyegarkan. Honda Civic kekal menjadi pilihan utama, dan varian e:HEV RS memberikan lebih banyak sebab mengapa pembeli harus memilihnya.

Honda Civic Kekal Menjadi Pilihan Utama, Teknologi e:HEV Menjadikannya Lebih Padu

Bagi mereka yang sedang berkira-kira untuk memilikinya, kempen “Hybrid Done Right” daripada Honda Malaysia pastinya membuatkan tawaran ini lebih menggiurkan. Civic e:HEV RS kini hadir dengan ganjaran bernilai sehingga RM12,000*.

*Kempen Hybrid Done Right oleh Honda Malaysia berlangsung dari 1 April hingga 30 June 2026. Pelanggan yang membeli model Honda e:HEV sepanjang tempoh kempen akan menikmati rebat tunai tambahan sebanyak RM2,000 dan kos upah servis percuma selama 2 tahun*, selain berpeluang untuk merasai pengalaman bersama model Prelude serba baharu melalui cabutan bertuah bulanan. Tertakluk kepada terma dan syarat.*

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles