17 Jul 2026, 06:45:25 PM

Ad Space 900 x 250 billboard-v1
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v1
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v2
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v3
Ad Space 300 x 600 half-page-v1

Top 5 This Week

Related Posts

Kilang CKD Proton Di Mesir Dirasmikan Oleh Perdana Menteri Malaysia

Ad Space 728 x 90 leaderboard-v1
Operasi eksport untuk pengeluar kereta Malaysia Proton telah mengambil  langkah seterusnya di peringkat antarabangsa berikutan majlis perasmian kilang CKD baharu untuk memasang Proton Saga di Kaherah, Mesir, oleh YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Turut serta  beliau pada majlis tersebut ialah H.E. Leftenan Jeneral Kamel Al-Wazir, Timbalan Perdana Menteri Mesir, YB  Senator

Operasi eksport untuk pengeluar kereta Malaysia Proton telah mengambil  langkah seterusnya di peringkat antarabangsa berikutan majlis perasmian kilang CKD baharu untuk memasang Proton Saga di Kaherah, Mesir, oleh YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Turut serta  beliau pada majlis tersebut ialah H.E. Leftenan Jeneral Kamel Al-Wazir, Timbalan Perdana Menteri Mesir, YB  Senator

Kilang CKD Proton Di Mesir Dirasmikan Oleh Perdana Menteri Malaysia

Terletak di Taman Perindustrian Al Oula di Giza, fasiliti baharu itu dimiliki oleh Ezz Elarab Elsewedy Automotive  Factories (ESAF), sebuah usaha sama antara Ezz Elarab dan Elsewedy Capital Holding. Kilang itu bernilai USD35  juta dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 20,000 unit dalam satu syif. Apabila beroperasi pada kapasiti operasi  penuh, ia dijangka menyediakan peluang pekerjaan kepada 400 orang. Mewakili ESAF pada majlis perasmian itu  ialah Hisham Ezz Elarab, Pengerusi ESAF dan Ahmed Elsewedy, Ahli Lembaga Pengarah ESAF manakala  Proton diwakili oleh Tan Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi Proton dan Roslan Abdullah, Timbalan Ketua  Pegawai Eksekutif, Proton. 

Ad Space 728 x 90 article-banner-v2

Kilang CKD Proton Di Mesir Dirasmikan Oleh Perdana Menteri Malaysia

“Proton bukan hanya sebuah syarikat automotif; ia adalah satu kebanggaan dan sebahagian daripada identiti  Malaysia,” kata YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dalam ucapannya semasa majlis perasmian. Beliau juga  menekankan bahawa usaha sama sebegini amat penting untuk memajukan industri tempatan sambil menggesa  Proton untuk mengunakan kemudahan tempatan sepenuhnya dengan secepat mungkin. 

Perasmian kilang CKD itu merupakan susulan daripada penghantaran pertama unit CKD yang dihantar ke Mesir  pada 9 September tahun ini. Unit siap pertama Pemanduan Tangan Kiri (LHD) Proton Saga dijangka melancarkan  barisan pengeluaran pada bulan Disember tahun ini dengan volum untuk tahun 2024 dijangkakan sebanyak 1,400  unit. Ini akan meningkat pada tahun 2025 kepada sasaran 5,000 unit dengan unjuran untuk tiga tahun pertama  menunjukkan sejumlah 16,000 unit CKD dieksport ke negara ini menjelang akhir tahun 2026. 

Ad Space 728 x 90 article-banner-v1

Kenderaan ini bukan sahaja akan dijual di pasaran domestik Mesir tetapi juga akan dieksport ke negara-negara di  Afrika Utara dan Sub-Sahara kerana Proton berusaha untuk menembusi wilayah tersebut serta pasaran Timur  Tengah. Secara keseluruhan, nilai eksport ini dijangka membawa masuk RM570 juta kepada Proton tidak  termasuk hasil yang diperoleh daripada eksport alat ganti yang dijangka memperoleh RM20 juta lagi. 

“Proton telah menjadi pengeksport kenderaan terkemuka Malaysia selama beberapa dekad dengan volum  eksport semasa kami menyumbang kira-kira 3% daripada jumlah volum jualan kami. Walaupun usaha ini telah  membuahkan hasil, sejarah kami sendiri menunjukkan terdapat banyak potensi yang belum diterokai untuk syarikat  di pasaran di luar Malaysia. Mesir adalah pusat rancangan kami untuk rantau ini dan seterusnya, kami berminat untuk melibatkan diri dalam lebih banyak kerjasama dengan rakan kongsi seperti ESAF untuk membuka kunci  potensi jualan untuk kereta kami di negara yang bilangan pemilikan kereta masih meningkat,” kata Tan Sri Syed  Faisal Albar. 

Ad Space 728 x 90 leaderboard-v2

Chief Storyteller

Delivering the latest automotive news and comprehensive reviews of the newest cars and motorcycles. Proudly based in Kuala Lumpur, by Malaysians for Malaysians. Owned and operated by Bikes Republic Sdn Bhd.

Ad Space 900 x 250 billboard-v2

Popular Articles