02 Jul 2026, 12:30:16 PM

Top 5 This Week

Related Posts

Petronas Lubricants dan Blueshark Malaysia Bekerjasama Perluas Akses Perkhidmatan Motosikal Elektrik ke Seluruh Negara

Petronas Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMMSB), anak syarikat Petronas Dagangan Berhad (PDB), bersama syarikat usaha sama, Blueshark Malaysia Sdn Bhd (Blueshark), telah memeterai kerjasama strategik melalui menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) baru-baru ini. Kerjasama ini bertujuan untuk memperkukuh perkhidmatan lepas jualan bagi motosikal elektrik jenama Blueshark dan SoloEra. Kolaborasi ini mencerminkan fokus bersama dalam meningkatkan

Petronas Lubricants Marketing Malaysia Sdn Bhd (PLMMSB), anak syarikat Petronas Dagangan Berhad (PDB), bersama syarikat usaha sama, Blueshark Malaysia Sdn Bhd (Blueshark), telah memeterai kerjasama strategik melalui menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) baru-baru ini. Kerjasama ini bertujuan untuk memperkukuh perkhidmatan lepas jualan bagi motosikal elektrik jenama Blueshark dan SoloEra.

Kolaborasi ini mencerminkan fokus bersama dalam meningkatkan kemudahan pelanggan, memperluas kebolehcapaian perkhidmatan, serta mewujudkan titik akses baharu bagi mobiliti motosikal elektrik di seluruh negara.

Di bawah MoU tersebut, kedua-dua pihak akan meneroka kerjasama merangkumi tiga bidang utama:

  • Memperluas liputan perkhidmatan dalam rangkaian Petronas MotoExpert
  • Melaksanakan kempen pemasaran bersama, siri jelajah, dan inisiatif penglibatan pelanggan
  • Mewujudkan pusat jualan dan perkhidmatan baharu bagi pelanggan individu serta kumpulan kenderaan (fleet) dengan memanfaatkan rangkaian luas mereka di seluruh negara

Petronas Lubricants dan Blueshark Malaysia Bekerjasama Perluas Akses Perkhidmatan Motosikal Elektrik ke Seluruh Negara

Rakan strategik ini menggabungkan kepakaran mobiliti elektrik Blueshark dengan kehadiran pasaran dan ekosistem perkhidmatan PLMMSB yang mantap. Ini sekaligus membantu memperkukuh keyakinan pemilik serta menyokong penggunaan yang lebih luas dalam kalangan penunggang individu dan pengendali armada komersial.

“Kolaborasi kami dengan Blueshark Malaysia mencerminkan komitmen bersama untuk memberikan kemudahan yang lebih baik, sokongan perkhidmatan yang dipercayai, dan nilai tambah kepada pelanggan. Melalui Petronas MotoExpert, penunggang akan mendapat manfaat daripada akses perkhidmatan berkualiti yang lebih baik selari dengan evolusi keperluan mobiliti. Bersama-sama, kami berhasrat untuk menyediakan sokongan yang teguh dan ketenangan fikiran kepada pelanggan, sambil memperkukuh komitmen kami untuk menjadikan kehidupan seharian lebih mudah dan lebih baik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PLMMSB, Mohd Zameer Zahur Hussain.

Motosikal elektrik menawarkan pilihan mobiliti praktikal untuk pengguna bandar dan pengendali armada yang menginginkan kos operasi yang lebih rendah serta pengurangan pelepasan emisi. Melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak menyasarkan untuk meningkatkan kesedaran terhadap penyelesaian mobiliti elektrik, menyokong pertumbuhan perkhidmatan dan infrastruktur berkaitan, serta membolehkan perniagaan beralih kepada pilihan armada rendah emisi bagi menyumbang kepada ekosistem mobiliti generasi akan datang di Malaysia.

Petronas Lubricants dan Blueshark Malaysia Bekerjasama Perluas Akses Perkhidmatan Motosikal Elektrik ke Seluruh Negara

“Kerjasama dengan PLMMSB ini merupakan pencapaian penting dalam memperluas pemilikan motosikal elektrik yang praktikal di Malaysia. Dengan menyepadukan lokasi Petronas MotoExpert yang dipercayai, kami dapat menambah baik kebolehcapaian perkhidmatan, memperkukuh keyakinan pemilikan, dan menyokong penggunaan yang lebih meluas, seterusnya memberikan nilai yang bermakna kepada penunggang individu mahupun pelanggan armada,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Blueshark Malaysia, Jeff Chong.

Fasa pertama cawangan yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Petronas MotoExpert Taman Sri Gombak, Gombak (Fast Garage)
  • Petronas MotoExpert Taman Bukit Mewah, Kajang (Dania Garage)
  • Petronas MotoExpert LDP Subang, Subang Jaya (Tokan Tayar)
  • Petronas MotoExpert Autoville Cyberjaya, Cyberjaya (Get Geared Bikers)
  • Petronas MotoExpert Kota Damansara, Kota Damansara (Triple A Garage)

Petronas Lubricants dan Blueshark Malaysia Bekerjasama Perluas Akses Perkhidmatan Motosikal Elektrik ke Seluruh Negara

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles