17 Jul 2026, 06:00:53 PM

Ad Space 900 x 250 billboard-v1
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v1
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v2
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v3
Ad Space 300 x 600 half-page-v1

Top 5 This Week

Related Posts

BMW Group Malaysia Mencapai Prestasi Pecah Rekod pada 2023

Ad Space 728 x 90 leaderboard-v1
Tahun 2023 telah menandakan satu lagi kejayaan yang besar bagi BMW Group Malaysia, menyaksikan penyerahan berjumlah lebih daripada 15,000 unit kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad - memperkukuhkan kedudukan syarikat ini sebagai Pengeluar Kenderaan Premium Nombor Satu di Malaysia untuk tahun yang keempat secara berturut-turut.
BMW Group Malaysia Mencapai Prestasi Pecah Rekod pada 2023

Tahun 2023 telah menandakan satu lagi kejayaan yang besar bagi BMW Group Malaysia, menyaksikan penyerahan berjumlah lebih daripada 15,000 unit kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad – memperkukuhkan kedudukan syarikat ini sebagai Pengeluar Kenderaan Premium Nombor Satu di Malaysia untuk tahun yang keempat secara berturut-turut.

Kejayaan yang signifikan ini turut bertiraikan Ulang Tahun ke-20 selama BMW Group Malaysia menjalankan operasinya di Malaysia, detik yang turut melihat mereka memperkukuhkan kedudukan sebagai Pembekal Kenderaan Elektrik Nombor Satu dengan penyerahan lebih 3,600 unit kenderaan elektrik (EV) BMW, MINI dan BMW Motorrad – yang mencakupi 24.5% daripada seluruh bilangan penyerahannya pada tahun tersebut, bersamaan dengan pertumbuhan sebesar 136% berbanding tahun yang lalu. Langkah ini menjurus kepada angka kenderaan elektrik premium BMW yang
menyusuri jalan raya di Malaysia kini mencecah hampir 30,000 – menjadikan alaf mobiliti berelektrik di negara ini lebih meyakinkan.

Ad Space 728 x 90 article-banner-v1

BMW Group Malaysia Mencapai Prestasi Pecah Rekod pada 2023

Ad Space 728 x 90 article-banner-v2

Jenama BMW berjaya menyerahkan sekitar 11,700 kenderaan mewah bertaraf premium pada tahun 2023, sementara MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia merekodkan pertumbuhan sebesar 42% dengan lebih daripada 1,700 kenderaan yang berjaya diserahkan. BMW Motorrad pula menyaksikan pertumbuhan sebanyak 13% dengan lebih 1,500 motosikal yang diserahkan. Ia bersamaan dengan peningkatan berkadar hampir 4% dalam bilangan penyerahan yang merentasi seluruh portfolio BMW Group dari tahun 2022.

Prestasi BMW Group di Malaysia mencerminkan kejayaan jenama ini di peringkat global, dengan lebih 2,500,000 kenderaan yang diserahkan merentasi portfolio BMW Group di seluruh dunia – menjadi rekod jualan yang tertinggi setakat ini. Prestasi kenderaan elektrik daripada portfolio BMW Group juga telah berkembang dengan pesat pada tahun 2023, menyumbang kepada 15% daripada seluruh penyerahan yang dibuat oleh BMW Group – menekankan peranan rintis pengeluar kenderaan premium ini dalam segmen kenderaan elektrik di serata dunia.

Ad Space 728 x 90 leaderboard-v2

Chief Storyteller

Delivering the latest automotive news and comprehensive reviews of the newest cars and motorcycles. Proudly based in Kuala Lumpur, by Malaysians for Malaysians. Owned and operated by Bikes Republic Sdn Bhd.

Ad Space 900 x 250 billboard-v2

Popular Articles