17 Jul 2026, 10:33:24 PM

Ad Space 900 x 250 billboard-v1
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v1
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v2
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v3
Ad Space 300 x 600 half-page-v1

Top 5 This Week

Related Posts

Yinson GreenTech dan GoCar Memperkenalkan Akses EV Mampu Milik dengan Ora Good Cat

Ad Space 728 x 90 leaderboard-v1
GoCar Malaysia, peneraju platform mobiliti sebagai perkhidmatan berdasarkan kepada permintaan dan Yinson GreenTech telah bekerjasama untuk menawarkan kenderaan elektrik Ora Good Cat melalui program GoCar Share.
Yinson GreenTech dan GoCar Memperkenalkan Akses EV Mampu Milik dengan Ora Good Cat

Usaha sama itu hadir menerusi satu kerjasama di antara GoCar dan bahagian perniagaan pajakan YGT EV, drivEV.

Kolaborasi baharu ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kedua-dua buah syarikat untuk meluaskan akses terhadap pengalaman memandu EV, selain mempromosikan peralihan kepada EV di dalam negara. 

Yinson GreenTech dan GoCar Memperkenalkan Akses EV Mampu Milik dengan Ora Good Cat

Sebagai permulaan, EV Ora Good Cat boleh didapati untuk tempahan GoCar Share Round Trip (pergi-balik) di lokasi-lokasi terpilih di Lembah Klang seperti Berjaya Times Square, The Linc, Lalaport KL, Eco Ardence, Eco Grandeur dan GoCar Malaysia PJ.

Ad Space 728 x 90 article-banner-v1

Penguna GoCar boleh merasai pengalaman memandu Ora Good Cat pada harga mampu milik iaitu RM23.90 sejam dengan akses percuma ke atas semua pengecas AC dalam rangkaian YGT. Bukan itu sahaja, lebih lama tempoh tempahan pengguna, lebih banyak penjimatan boleh mereka nikmati.

Yinson GreenTech dan GoCar Memperkenalkan Akses EV Mampu Milik dengan Ora Good Cat

Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun berkata, “Kami sangat teruja untuk mengukuhkan kerjasama dengan Yinson GreenTech. GoCar sentiasa mengutamakan aspek mobiliti lebih pintar dan mapan. Kami juga berbesar hati kerana mampu menawarkan model-model kenderaan elektrik yang menarik kerana kami yakin ramai orang awam ingin mencubanya.”

Yinson GreenTech dan GoCar Memperkenalkan Akses EV Mampu Milik dengan Ora Good Cat

Pengarah Urusan drivEV, Kelvin Soon berkata, “Matlamat drivEV adalah untuk menggalakkan syarikat-syarikat untuk mempromosikan penggunaan EV dalam kalangan rakyat Malaysia. Kerjasama dengan GoCar dalam memperkenalkan Ora Good Cat merupakan satu permulaan ke arah matlamat yang betul. Kami merancang untuk menambah lebih banyak rangkaian model EV dan mengembangkan perkhidmatan ini ke lokasi-lokasi lain supaya orang ramai lebih mudah mengaksesnya.”

Pengenalan Ora Good Cat melalui GoCar hanyalah permulaan Kerjasama di antara GoCar dan drivEV yang merancang untuk memperkenalkan model-model lebih menarik serta meluaskan perkhidmatannya melangkaui kawasan Lembah Klang. 

Yinson GreenTech dan GoCar Memperkenalkan Akses EV Mampu Milik dengan Ora Good Cat

Untuk merasai sendiri pengalaman memandu Ora Good Cat menerusi GoCar Share atau model-model lain yang ditawarkan oleh GoCar Share, sila download aplikasi mudah alih GoCar.

Ad Space 728 x 90 article-banner-v2

Maklumat lanjut mengenai GoCar Malaysia, dila layari laman web https://new.gocar.my

Ad Space 728 x 90 leaderboard-v2

Chief Storyteller

Delivering the latest automotive news and comprehensive reviews of the newest cars and motorcycles. Proudly based in Kuala Lumpur, by Malaysians for Malaysians. Owned and operated by Bikes Republic Sdn Bhd.

Ad Space 900 x 250 billboard-v2

Popular Articles