17 Jul 2026, 08:47:14 PM

Ad Space 900 x 250 billboard-v1
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v1
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v2
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v3
Ad Space 300 x 600 half-page-v1

Top 5 This Week

Related Posts

myTukar Tukar Nama ke Carro Selari dengan Matlamat Global

Ad Space 728 x 90 leaderboard-v1
myTukar Powered by Carro, ekosistem kereta terpakai paling pesat berkembang di Malaysia
myTukar Tukar Nama ke Carro Selari dengan Matlamat Global

myTukar Powered by Carro, ekosistem kereta terpakai paling pesat berkembang di Malaysia, memulakan perjalanan baharu yang mengujakan dengan penjenamaan semula kepada Carro sebagai langkah yang bakal membawa lebih banyak teknologi canggih, produk dan perkhidmatan Carro kepada pelanggan di Malaysia.

Langkah penjenamaan semula ini secara rasminya menyaksikan ‘Carro’ diimplementasikan dalam rangkaian produk dan perkhidmatan myTukar, bahan pemasaran serta papan tanda fizikal di seluruh Malaysia – satu proses yang akan memakan masa beberapa bulan.

Ad Space 728 x 90 article-banner-v2

Sejak penubuhan myTukar pada 2017 di lot kedai Glenmarie pada 2017, syarikat ini telah mencatatkan pencapaian yang mengagumkan, termasuk pelaburan AS$30 juta daripada Carro untuk merevolusikan dan mendigitalkan industri kereta terpakai yang berpotensi tinggi di Malaysia.

Jenama ini telah berkembang menjadi ekosistem kereta terpakai dalam talian yang pertama dan terbesar di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan jual beli, insurans, pembiayaan dan selepas jualan, serta telah berkembang menerusi penubuhan 11 pusat jualan, 27 pusat pemeriksaan, lima bengkel dan dua pusat baik pulih. Segmen jualan myTukar merekodkan prestasi terbaiknya pada Januari 2024, dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 55% dan turut mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 40% pada suku lepas.

myTukar sebelum ini memulakan fasa pertama penjenamaan semula pada Jun 2022 dan menukar penampilan korporatnya, dengan beralih daripada skema warna biru kehijauan dan kelabu kepada warna utama Carro iaitu jingga untuk papan tanda dan bahan pemasaran. .

Ad Space 728 x 90 article-banner-v1

Turut meraikan kejayaan ini adalah duta pertama Carro, Phei Yong. Influencer kegemaran ramai ini memandu kereta Carro Certified dalam pengembaraan jalan raya dua hala yang epik sejauh 700 kilometer dari Kuala Lumpur ke Singapura pada September lalu, dan kini bakal memulakan perjalanan baharu yang mengujakan sebagai duta Carro.

Ad Space 728 x 90 leaderboard-v2

Chief Storyteller

Delivering the latest automotive news and comprehensive reviews of the newest cars and motorcycles. Proudly based in Kuala Lumpur, by Malaysians for Malaysians. Owned and operated by Bikes Republic Sdn Bhd.

Ad Space 900 x 250 billboard-v2

Popular Articles