17 Jul 2026, 10:34:19 PM

Ad Space 900 x 250 billboard-v1
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v1
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v2
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v3
Ad Space 300 x 600 half-page-v1

Top 5 This Week

Related Posts

Zurich Malaysia Mendedahkan Rangkaian ‘Pakar Cermin Depan Terpilih’

Ad Space 728 x 90 leaderboard-v1
Berbekalkan komitmen untuk menyediakan penjagaan automotif yang diperibadikan dan komprehensif, Zurich Malaysia mengumumkan tawaran rangkaian ‘Pakar Cermin Depan Terpilih’ (Preferred Windscreen Specialists).
Zurich Malaysia Mendedahkan Rangkaian ‘Pakar Cermin Depan Terpilih’

Inisiatif ini menonjolkan falsafah teras jenama syarikat ‘Lindungi Segala Perkara Yang Bermakna’ dengan menyediakan standard dan nilai perkhidmatan yang terbaik buat para pemilik kereta.

Melalui pengenalan rangkaian ‘Pakar Cermin Depan Terpilih’, Zurich Malaysia berhasrat menetapkan piawaian baharu dalam perkhidmatan pembaikan dan penggantian cermin depan dari segi kemudahan serta kebolehpercayaan. Rangkaian ini merangkumi empat rakan kongsi yang dipercayai, iaitu Nanmar Motor Service Sdn Bhd, CCH Auto Glass Sdn Bhd, Mobile Windscreen Sdn Bhd, dan Dr. Cermin Sdn Bhd.

Ad Space 728 x 90 article-banner-v2

Pasukan pakar ini akan menawarkan pelbagai manfaat unik bagi menangani cabaran yang lazim dihadapi oleh pemilik kereta:

Perkhidmatan Pintu ke Pintu yang Lancar

‘Pakar Cermin Depan Terpilih’ Zurich Malaysia memberi kemudahan yang tiada bandingan terus ke pintu rumah pelanggan, sekali gus menangani cabaran logistik dan komitmen masa. Perkhidmatan diperibadikan ini memenuhi keperluan pemilik kereta moden dengan menawarkan pengalaman yang lancar dan tanpa tekanan.

Ketenangan Fikiran yang Berterusan 

Ad Space 728 x 90 article-banner-v1

Sejajar dengan komitmen kami yang mengutamakan pelanggan, ‘Pakar Cermin Depan Terpilih’ memberi lanjutan jaminan bagi semua penggantian dan perkhidmatan pemasangan filem penapis haba cermin depan. Justeru, pelanggan boleh menikmati ketenangan fikiran dengan adanya pasukan pakar ini, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan syarikat untuk menyediakan nilai tambah dan kepuasan.

Ad Space 728 x 90 leaderboard-v2

Chief Storyteller

Delivering the latest automotive news and comprehensive reviews of the newest cars and motorcycles. Proudly based in Kuala Lumpur, by Malaysians for Malaysians. Owned and operated by Bikes Republic Sdn Bhd.

Ad Space 900 x 250 billboard-v2

Popular Articles