17 Jul 2026, 11:42:05 PM

Ad Space 900 x 250 billboard-v1
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v1
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v2
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v3
Ad Space 300 x 600 half-page-v1

Top 5 This Week

Related Posts

Perodua Memperkenalkan Platform Tempahan Dalam Talian

Ad Space 728 x 90 leaderboard-v1
Berminat untuk membeli Perodua untuk diri sendiri atau orang tersayang tetapi tiada masa untuk melawat bilik pameran? Kini anda tidak perlu lagi pergi ke bilik pameran untuk membeli Perodua kerana pembuat kereta nasional kita baru sahaja melancarkan platform tempahan dalam talian di mana anda boleh memilih model yang diingini, menambah aksesori daripada senarai produk Gear

Berminat untuk membeli Perodua untuk diri sendiri atau orang tersayang tetapi tiada masa untuk melawat bilik pameran?

Kini anda tidak perlu lagi pergi ke bilik pameran untuk membeli Perodua kerana pembuat kereta nasional kita baru sahaja melancarkan platform tempahan dalam talian di mana anda boleh memilih model yang diingini, menambah aksesori daripada senarai produk Gear Up Perodua, dan juga memohon pinjaman hanya dengan beberapa klik.

Perodua Memperkenalkan Platform Tempahan Dalam Talian

Ad Space 728 x 90 article-banner-v2

Atau jika anda mahu, anda juga boleh membayar pembelian baru anda secara tunai, kerana semua pembayaran dilakukan dengan selamat melalui FPX dan data anda dilindungi melalui enkripsi SSL.

Semua ini boleh dilakukan dengan selamat melalui laman web rasmi Perodua, dan jika anda jenis yang lebih suka memandu uji kereta sebelum membelinya, anda juga boleh membuat janji temu untuk ujian pandu dari laman web tersebut, di mana Penasihat Jualan Perodua (PJP) akan menghubungi anda dalam masa 24 jam.

Perodua Memperkenalkan Platform Tempahan Dalam Talian

Namun dalam zaman yang penuh penipuan dan amalan perniagaan tidak beretika ini, adalah normal untuk merasa sedikit was-was apabila berurusan dengan sesiapa sahaja, terutamanya apabila seseorang menghubungi anda secara rawak. Tetapi sudah tentu, Perodua telah memikirkan perkara ini.

Perodua Memperkenalkan Platform Tempahan Dalam Talian

Untuk memastikan individu yang menghubungi anda adalah Penasihat Jualan Perodua yang sah, setiap PJP diberikan kod QR unik yang berubah setiap hari. Jadi, untuk memastikan anda berurusan dengan orang yang betul dan bukan penipu, anda boleh meminta PJP berkongsi kod QR untuk pengesahan.

Perodua Memperkenalkan Platform Tempahan Dalam Talian

Fungsi Tempahan Dalam Talian Perodua menawarkan pelbagai kemudahan yang direka untuk meningkatkan pengalaman pembelian anda. Anda juga boleh menukar kereta semasa anda melalui borang tempahan dalam talian, selepas itu PJP akan menguruskan segala urusan yang diperlukan.

Bagi permohonan pinjaman, anda boleh memilih untuk memohon melalui laman web Perodua, atau berhubung dengan PJP, atau juga memohon melalui aplikasi UFIRST atau platform web UFIRST setelah menandatangani borang pesanan jualan e-kenderaan.

Perodua Memperkenalkan Platform Tempahan Dalam Talian

Selepas melalui mana-mana langkah di atas, pegawai bank akan menghubungi anda untuk mengesahkan permohonan pinjaman dan seterusnya memeriksa kelayakan anda.

Sekiranya anda berubah fikiran selepas beberapa hari, mungkin anda ingin menukar kereta yang dibeli, atau menukar aksesori atau warna, Perodua membenarkan anda berbuat demikian melalui PJP yang dilantik.

Ad Space 728 x 90 article-banner-v1

Perodua Memperkenalkan Platform Tempahan Dalam Talian

Fungsi Tempahan Dalam Talian Perodua ini juga membenarkan warganegara asing membuat pembelian, asalkan kenderaan yang dibeli diambil di Malaysia. Ini sangat berguna untuk ibu bapa pelajar antarabangsa yang membelajar di Malaysia dan beringin membeli kereta untuk anak-anak mereka tanpa perlu membuat pindahan wang dalam jumlah besar.

Bahagian terbaiknya, anda masih boleh mendapatkan panduan manusia sepanjang proses dan anda juga boleh membatalkan tempahan sekiranya berubah fikiran.

Perodua Memperkenalkan Platform Tempahan Dalam Talian

Apa yang anda perlukan untuk memulakan adalah yuran tempahan sebanyak RM100, ia sememangnya mudah.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.perodua.com.my.

Galeri Penuh Perodua Myvi

Ad Space 728 x 90 leaderboard-v2

Chief Storyteller

Delivering the latest automotive news and comprehensive reviews of the newest cars and motorcycles. Proudly based in Kuala Lumpur, by Malaysians for Malaysians. Owned and operated by Bikes Republic Sdn Bhd.

Ad Space 900 x 250 billboard-v2

Popular Articles