17 Jul 2026, 09:33:28 PM

Ad Space 900 x 250 billboard-v1
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v1
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v2
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v3
Ad Space 300 x 600 half-page-v1

Top 5 This Week

Related Posts

Tempahan Proton e.MAS 7 Kini Rasmi Dibuka

Ad Space 728 x 90 leaderboard-v1
Berlangsung Auto Car Expo (ACE) 2024, PRO-NET, anak syarikat Proton, mendedahkan ruang dalaman Proton e.MAS 7 serta membuka tempahan untuk kenderaan elektrik nasional pertama Malaysia. Pembukaan yang penting ini berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City. Hal ini susulan kejayaan separuh pertama jelajah e.MAS 7 yang sedang berlangsung, dengan lebih 3,200km jarak perjalanan telah ditempuh setakat

Berlangsung Auto Car Expo (ACE) 2024, PRO-NET, anak syarikat Proton, mendedahkan ruang dalaman Proton e.MAS 7 serta membuka tempahan untuk kenderaan elektrik nasional pertama Malaysia. Pembukaan yang penting ini berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City. Hal ini susulan kejayaan separuh pertama jelajah e.MAS 7 yang sedang berlangsung, dengan lebih 3,200km jarak perjalanan telah ditempuh setakat

Tawaran Eksklusif dan Pelancaran Aplikasi e.MAS

Sebahagian daripada pelancaran ini, PRO-NET memperkenalkan Proton e.MAS 7 pada anggaran harga yang menarik dianggarkan pada harga RM 120,000, menjadikan teknologi kenderaan elektrik canggih ini lebih berpatutan untuk orang ramai. Untuk menarik minat kepada pelanggan terawal, tawaran istimewa ini turut disediakan dengan Pioneer Privilege Deal yang menawarkan rebat bernilai RM 500 dan Pioneer Gift Pack bernilai RM 1,000 bagi memberikan nilai luar biasa kepada pelanggan terawal. Tawaran ini sah dari 26 Oktober sehingga ke pelancaran rasmi hujung tahun ini.

Tempahan Proton e.MAS 7 Kini Rasmi Dibuka

Di dalam pelancaran ini juga turut diperkenalkan Aplikasi e.MAS, sebuah platform dinamik yang direka khas untuk meningkatkan pengalaman pengguna daripada tempahan sehinggalah ke pemilikan kenderaan. Super-App ini memudahkan pengurusan tempahan kenderaan, penjadualan servis, dan akses kepada rangkaian pengecasan EV menyeluruh di Malaysia yang akan diperkenalkan secara berperingkat.

Ad Space 728 x 90 article-banner-v2

Proton e.MAS 7 – Intelligence That Electrifies

Proton e.MAS 7 direka dengan reka bentuk yang unggul dan terdapat fungsi yang canggih. Kenderaan ini   menampilkan profil luaran yang bergaya dengan roda aloi aerodinamik 19 inci, pemegang pintu tersembunyi, dan lampu belakang LED 3D yang meningkatkan daya tarikan estetik.

Tempahan Proton e.MAS 7 Kini Rasmi Dibuka

Prestasi kenderaan ini dilengkapi dengan motor elektrik 12-dalam-1 e.MAS 7 yang kukuh, memberikan pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 6.9 saat. Dilengkapi dengan kuasa 214hp dan daya kilas 320 Nm yang menjanjikan pengalaman pemanduan yang cekap dan mesra alam.

Keselamatan juga telah dipertingkatkan dengan Bateri Aegis Short Blade yang mendapat penarafan tertinggi dan Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) pada Tahap 2 yang menyeluruh, menetapkan piawaian baharu dalam memastikan keselamatan dan keyakinan semasa memandu kenderaan ini.

Reka Bentuk Ruang Dalaman: Gabungan Praktikaliti dan Integrasi yang Berteknologi Tinggi

Bahagian ruang dalaman Proton e.MAS 7 merupakan gabungan sebenar antara praktikaliti dan integrasi yang direka sepenuhnya untuk kemudahan dan keselesaan pemandu. Dengan kabin yang luas direka dengan jarak roda 2,750mm. e.MAS 7 ini juga menawarkan ruang yang mencukupi, menjadikan setiap perjalanan menjadi suatu keseronokan. Kenderaan elektrik ini menawarkan tempat penyimpanan terbaik dalam kelasnya, memastikan kombinasi gaya dan praktikaliti pada tahap yang sempurna.

Tempahan Proton e.MAS 7 Kini Rasmi Dibuka

Ad Space 728 x 90 article-banner-v1

Meningkatkan lagi  pengalaman pemanduan dengan Sistem Bunyi Flyme yang canggih dengan 16 pembesar suara, Proton e.MAS  7 juga mempunyai audio hi-fi yang terbaik, sesuai kepada peminat muzik dan penggemar audio.

Sambutan untuk kenderaan elektrik pertama Proton semakin memberangsangkan menuju ke pelancaran rasminya. Datanglah beramai-ramai dan alami sendiri keseronokan ini di ACE 2024 pada 26 dan 27 Oktober 2024 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) – Dewan 1 dan 2. Temui teknologi terkini, prestasi yang mengagumkan, dan reka bentuk anggun Proton e.MAS 7.

Ad Space 728 x 90 leaderboard-v2

Chief Storyteller

Delivering the latest automotive news and comprehensive reviews of the newest cars and motorcycles. Proudly based in Kuala Lumpur, by Malaysians for Malaysians. Owned and operated by Bikes Republic Sdn Bhd.

Ad Space 900 x 250 billboard-v2

Popular Articles