17 Jul 2026, 05:55:57 PM

Ad Space 900 x 250 billboard-v1
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v1
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v2
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v3
Ad Space 300 x 600 half-page-v1

Top 5 This Week

Related Posts

Malaysia Mini Day Yang Pertama Menghimpunkan Miniacs Dengan Mengangkat Semangat Pengembaraan

Ad Space 728 x 90 leaderboard-v1
Mini Day Malaysia, sebuah acara yang dinanti-nantikan anjuran Mini Pattern Group; kelab pemilik Mini yang dianggotai oleh barisan ahli yang sungguh bersemangat, menghimpunkan pemilik dan peminat Mini untuk menikmati hujung minggu yang menyeronokkan di Resorts World Awana Open Carpark di Genting Highlands. Diadakan pada hujung minggu lalu, acara ini mencatatkan rekod himpunan terbesar Mini di

Ad Space 728 x 90 article-banner-v1

Festival ini bermula pada 26 Oktober dengan acara makan malam sempena meraikan ulang tahun ke-10 Mini Pattern Group serta perjalanan luar biasa komuniti Mini selama ini, diikuti dengan perhimpunan yang sungguh meriah pada keesokan harinya, yang mana para peserta mengubah lokasi acara menjadi sebuah kawasan festival yang dipenuhi Mini. Menghangatkan lagi acara adalah sesi pandu uji Mini. Melalui kerjasama bersama Millennium Welt, peserta berpeluang untuk merasai sendiri kelincahan dan pemanduan go-kart yang merupakan ciri utama model elektrik Mini terkini, termasuk Mini Cooper 3-Pintu, Mini Countryman serta Mini Aceman baharu.

Malaysia Mini Day Yang Pertama Menghimpunkan Miniacs Dengan Mengangkat Semangat Pengembaraan

Sambutan Malaysia Mini Day juga diserikan dengan pertandingan antara Miniacs untuk Mini Moden terbaik, Mini Klasik terbaik serta Penutup Injap terbaik; iaitu peluang yang menyeronokkan dan interaktif buat peserta untuk menyerlahkan transformasi paling kreatif mereka dalam menjadikan penutup minyak enjin kepada model kereta Mini. 

Ad Space 728 x 90 article-banner-v2

Jualan But Kereta juga menjadi kegemaran ramai, yang mana pemilik Mini menonjolkan kenderaan kesayangan mereka dan mempamerkan pelbagai jenis makanan, barangan koleksi, dan kraftangan untuk dijual. Acara ini diakhiri dengan suasana yang mencerminkan persahabatan dalam komuniti Mini, sekaligus menandakan hari yang berjaya untuk semua peserta.

Ad Space 728 x 90 leaderboard-v2

Chief Storyteller

Delivering the latest automotive news and comprehensive reviews of the newest cars and motorcycles. Proudly based in Kuala Lumpur, by Malaysians for Malaysians. Owned and operated by Bikes Republic Sdn Bhd.

Ad Space 900 x 250 billboard-v2

Popular Articles