17 Jul 2026, 10:33:31 PM

Ad Space 900 x 250 billboard-v1
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v1
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v2
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v3
Ad Space 300 x 600 half-page-v1

Top 5 This Week

Related Posts

Isuzu D-Max Teruskan Prestasi Jualan Cemerlang Untuk 2023

Ad Space 728 x 90 leaderboard-v1
Trak pikap yang menerima banyak pengiktirafan, Isuzu D-Max, meneruskan pertumbuhan mengagumkan melalui rekod jualan memberangsangkan pada 2023 dengan mengatasi angka 9,211 unit yang dijual pada 2022, melibatkan pertambahan jualan sebanyak 439 unit.
Isuzu D-Max Teruskan Prestasi Jualan Cemerlang Untuk 2023

Trak pikap yang menerima banyak pengiktirafan, Isuzu D-Max, meneruskan pertumbuhan mengagumkan melalui rekod jualan memberangsangkan pada 2023 dengan mengatasi angka 9,211 unit yang dijual pada 2022, melibatkan pertambahan jualan sebanyak 439 unit.

Rekod baru dengan jualan 9,650 unit bagi tahun lalu menjadi bukti kepada keberhasilan rekaan dan ciri yang ditawarkan oleh trak pikap berkenaan, yang telah mengubah pasaran dan meraih lebih banyak penggemarnya. Dengan rekod jualan dua tahun berturut-turut di Malaysia, Isuzu D-Max generasi ketiga berjaya membuka jalan tersendiri dan menjadi trak pikap pilihan pengguna.

Isuzu D-Max Teruskan Prestasi Jualan Cemerlang Untuk 2023

Ad Space 728 x 90 article-banner-v2

Sejak D-Max generasi ketiga diperkenalkan di Malaysia pada 2021, minat terhadap model ini sangat konsisten tinggi disebabkan oleh cirinya yang canggih, karektor pemanduan cemerlang, operasi versatil dan nilai yang menguntungkan. Model baru ini juga telah memperluaskan lingkungan pelanggan kami dan mencatatkan perluasan jualan sebanyak 185%, dan dalam masa yang sama mengekalkan kelompok pelanggan sedia ada.

Dengan barisan lapan varian komprehensif untuk Isuzu D-Max, pelanggan boleh memilih model mana yang bersesuaian dengan kegunaan mereka, bermula dari versi Single Cab hinggalah kepada yang paling canggih dan model flagship, X-Terrain.

Menjadi pilihan utama sekali lagi adalah varian 1.9L Standard yang menyumbang sebanyak 28% jualan. Varian ini menjadi begitu popular kerana kapasiti enjinnya yang menjimatkan bahan api serta memberi manfaat kadar cukai jalan dan kos penyelenggaraan yang rendah, tetapi dengan prestasi yang mengagumkan.

Isuzu D-Max Teruskan Prestasi Jualan Cemerlang Untuk 2023

Ad Space 728 x 90 article-banner-v1

Permintaan terhadap varian X-Terrain juga terus meningkat sepanjang 2023, didorong oleh tahap kecanggihan dan penampilannya yang segar serta kemampuan prestasi off-road yang diberikan. Walaupun masih baru dalam segmen trak pikap gaya hidup, X-Terrain semakin ke depan dan meraih banyak perhatian. Jualannya juga meningkat sebanyak 24.5% sejak pelancarannya. Ciri menariknya termasuklah Advanced Driving Assistance Systems (ADAS) dan juga jaminan tujuh-tahun tanpa had perbatuan.

Permintaan kukuh yang berterusan untuk Isuzu D-Max membolehkan jenama ini untuk berada di kedudukan No. 2 di Sabah, Kedah dan Pahang bagi segmen trak pikap. Sementara untuk kedudukan peringkat nasional pula, ia berada di kedudukan No. 3 dengan kadar perkongsian pasaran sebanyak 16.6%.

Ad Space 728 x 90 leaderboard-v2

Chief Storyteller

Delivering the latest automotive news and comprehensive reviews of the newest cars and motorcycles. Proudly based in Kuala Lumpur, by Malaysians for Malaysians. Owned and operated by Bikes Republic Sdn Bhd.

Ad Space 900 x 250 billboard-v2

Popular Articles