02 Jun 2026, 12:48:53 PM

Top 5 This Week

Related Posts

Jaecoo Sedia Menjadi Pencabar Dalam Pasaran SUV Segmen-C

Pasaran SUV Segmen-C kini sedang berkembang pesat dengan kemunculan pelbagai pilihan yang berdaya saing, baik kenderaan asas permulaan (entry level)  mahupun pilihan premium.
Jaecoo Sedia Menjadi Pencabar Dalam Pasaran SUV Segmen-C

Pasaran SUV Segmen-C kini sedang berkembang pesat dengan kemunculan pelbagai pilihan yang berdaya saing, baik kenderaan asas permulaan (entry level)  mahupun pilihan premium. Salah satu pesaing dalam segmen ini ialah jenama SUV kegunaan lasak premium, Jaecoo, yang bertekad memanfaatkan potensi semakin ramai golongan elit bandar Malaysia yang berminat dalam pengembaraan off-road atau aktiviti jalan lasak.  

Presiden Jaecoo Malaysia, Leo Chen, menerangkan tentang sambutan awal pasaran terhadap jenama. “Jaecoo semakin mendapat perhatian di Malaysia. Kami percaya jenama Jaecoo memenuhi kehendak golongan peneraju di Malaysia yang sedang meningkat naik dalam kerjaya dan menggemari gaya hidup aktif.  Kami faham bahawa mereka menghargai kenderaan yang cemerlang mengharungi sebarang jenis permukaan jalan, dengan pengalaman pemanduan lasak yang mengagumkan.  Sememangnya inilah pengalaman yang kami janjikan kepada mereka.” kata Chen.

Jaecoo Sedia Menjadi Pencabar Dalam Pasaran SUV Segmen-C

Tinjau Selidik Permintaan Automotif Global Nielsen pada masa lepas melaporkan bahawa kelas pertengahan yang semakin meningkat bakal memacu permintaan automotif di Malaysia. Sedekad sejak laporan tersebut diterbitkan, Malaysia terus melihat pertumbuhan kelas pertengahan, dengan pendapatan boleh guna yang semakin tinggi, satu trend yang dilihat di seluruh rantau ASEAN menurut Laporan Pelaburan ASEAN 2023. Jaecoo menetapkan sasaran kelas pertengahan yang semakin besar ini, yang terlibat dalam perkembangan pantas ekonomi digital dan menunjukkan semangat keusahawanan. 

Jenama SUV ini juga ingin mengambil kesempatan daripada trend global yang menyaksikan kecenderungan pengguna kepada aspek keselesaan dan keselamatan autonomi, jarak lebih tinggi dari permukaan, kedudukan pemandu yang tinggi, keteguhan dan keupayaan pemanduan lasak, yang dijangka akan memacu perkembangan pasaran SUV pada tahun-tahun akan datang. 

Jaecoo Sedia Menjadi Pencabar Dalam Pasaran SUV Segmen-C

Jaecoo akan memperkenalkan J7, iaitu SUV kegunaan lasak premium, dalam pelancaran sulung yang dijadualkan pada separuh pertama 2024. Reka bentuk J7, yang kini dipamerkan untuk tatapan orang ramai di bilik pameran, melambangkan semangat pengembaraan dan daya ketahanan, digabungkan dengan gaya serba canggih seperti yang dilihat daripada pemegang pintu mirip kapal perang, penukar gear berilhamkan jet pejuang dan gril “air terjun” turus yang tersendiri. 

Jaecoo Sedia Menjadi Pencabar Dalam Pasaran SUV Segmen-C

Membawakan tahap keselamatan tinggi dengan teknologi pintar berpandangan jauh, Jaecoo melengkapkan J7 dengan 21 fungsi pemanduan pintar menerusi Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) kenderaan. Antaranya termasuk paparan kepala cermin depan (W-HUD) dengan kamera pemuka hadapan terbina dalam, 64 lampu ambien, pengecasan tanpa wayar 50W lengkap dengan penyejuk serta pelbagai keselesaan moden lain bagi memastikan pemandu bukan sahaja dibekalkan dengan tahap keselamatan tertinggi tetapi juga keselesaan mewah.

Orang ramai dijemput untuk melihat sendiri J7 di pusat Jaecoo Premiere Experience dari jam 10:00pg hingga 10:00mlm di lokasi-lokasi berikut: 

  • Desa Park City, K.L: 7 hingga 17 Mac 2024
  • Pavilion Bukit Jalil, K.L: 19 hingga 23 Mac 2024
  • One Utama, P.J: 10 hingga 14 April 2024
  • Mid Valley, K.L: 25 hingga 28 April 2024
  • Paradigm Mall, JB: 15 hingga 19 Mei 2024

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles