02 Jun 2026, 01:40:23 PM

Top 5 This Week

Related Posts

Auto Bavaria Chan Sow Lin Mempersembahkan Bilik Pameran Baharu dan Dipertingkatkan

Auto Bavaria, rangkaian pengedar bertauliah BMW terbesar di Malaysia, hari ini mempersembahkan bilik pameran terbaharunya yang telah ditambah baik, menampilkan kemudahan yang dinaik taraf dan perkhidmatan yang diperbaharui bersesuaian dengan pelanggan yang peka pada kemodenan.
Auto Bavaria Chan Sow Lin Mempersembahkan Bilik Pameran Baharu dan Dipertingkatkan

Auto Bavaria, rangkaian pengedar bertauliah BMW terbesar di Malaysia, hari ini mempersembahkan bilik pameran terbaharunya yang telah ditambah baik, menampilkan kemudahan yang dinaik taraf dan perkhidmatan yang diperbaharui bersesuaian dengan pelanggan yang peka pada kemodenan. Terletak di Chan Sow Lin (CSL), bilik pameran yang dipertingkat ini akan mempamerkan kenderaan daripada portfolio BMW Premium Selection (BPS) serta MINI Used Car Next (MUCN).

Auto Bavaria Chan Sow Lin Mempersembahkan Bilik Pameran Baharu dan Dipertingkatkan

Bilik pameran Auto Bavaria CSL yang terletak di No. 8, Jalan Dua, Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, menjangkau kawasan yang mengagumkan seluas 35,000 kaki persegi meliputi Tingkat Bawah dan Pertama, menyediakan ruang yang luas untuk pelanggan meneroka kemudahan yang telah diperhebat dan berteraskan pelanggan, yang tersedia di pusat pengedar ini.

Auto Bavaria Chan Sow Lin Mempersembahkan Bilik Pameran Baharu dan Dipertingkatkan

Sejurus memasuki bilik pameran, pelanggan akan melalui ruang yang diserikan dengan hiasan kontemporari, di samping kemudahan yang berteraskan pelanggan seperti pentas perundingan pelanggan dan ruang hospitaliti utama, bar dan ruang rehat BMW yang mana pelanggan boleh beristirehat dan menyegarkan diri semasa lawatan.

Auto Bavaria Chan Sow Lin Mempersembahkan Bilik Pameran Baharu dan Dipertingkatkan

Bilik pameran tersebut juga menampilkan ruang khas untuk Alat Ganti, Aksesori dan Gaya Hidup, membolehkan pelanggan melakukan pemerhatian bagi pembaharuan kenderaan mereka yang seterusnya atau meneroka rangkaian barangan BMW & MINI yang ikonik.

Auto Bavaria Chan Sow Lin Mempersembahkan Bilik Pameran Baharu dan Dipertingkatkan

Dengan pasukan yang terdiri daripada enam kakitangan yang berdedikasi, Auto Bavaria CSL menawarkan perkhidmatan yang dipertingkatkan dan diperibadikan bertujuan memberikan pengalaman yang lebih lancar kepada pelanggan. Kemudahan asas seperti Ruang Jualan, Ruang Perkhidmatan Perundingan, Kawasan Penerimaan Kereta (RATC) dan Kawasan Serahan Pelbagai Fungsi disediakan secara strategik untuk kemudahan pelanggan.

Auto Bavaria Chan Sow Lin Mempersembahkan Bilik Pameran Baharu dan Dipertingkatkan

Selaras dengan dedikasi BMW Group Malaysia untuk meningkatkan aksesibiliti terhadap infrastruktur pengecas, Auto Bavaria CSL memainkan peranan aktif dalam inisiatif tersebut dengan menyediakan kemudahan pengecas arus ulang alik (AC) dan arus terus (DC) di pusat pengedar ini. Usaha tersebut menegaskan visi dan komitmen bersama untuk memajukan mobiliti elektrik di Malaysia, dengan lebih 2,020 kemudahan pengecas kini tersedia di seluruh negara yang dikuasakan oleh kerjasama utama dengan pembekal pengecas kenderaan elektrik (EV) tempatan.

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles