17 Jul 2026, 11:16:53 PM

Ad Space 900 x 250 billboard-v1
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v1
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v2
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v3
Ad Space 300 x 600 half-page-v1

Top 5 This Week

Related Posts

Peranti GPS Tersembunyi Berjaya Menemui Trak Pikap Yang Dicuri

Ad Space 728 x 90 leaderboard-v1
Apabila R. Kaviyarasan membeli trak pacuan empat roda baharu Oktober lalu, dia mengambil langkah tambahan dengan memasang peranti GPS kedua untuk keselamatan tambahan.
Peranti GPS Tersembunyi Berjaya Menemui Trak Pikap Yang Dicuri

Apabila R. Kaviyarasan membeli trak pacuan empat roda baharu Oktober lalu, dia mengambil langkah tambahan dengan memasang peranti GPS kedua untuk keselamatan tambahan. Keputusan ini terbukti bernilai apabila trak pikapnya dicuri dari rumahnya di Taman Saujana Puchong pada awal pagi, menurut laporan dari The Star.

Pencuri itu, yang menunjukkan kepakaran yang tinggi, berjaya melumpuhkan sistem peranti GPS prapasang dalam masa lebih tiga minit sahaja. Syarikat pemantauan untuk sistem ini hanya memberitahu Kaviyarasan kira-kira sejam selepas perantidilumpuhkan. Bagaimanapun, peranti GPS kedua yang disembunyikan dan dipasang oleh Kaviyarasan, segera memberikannya amaran mengenai pergerakan mencurigakan kenderaan itu. Lokasi kenderaan tersebut dipaparkan pada peta satelit di telefon pintarnya.

Ad Space 728 x 90 article-banner-v2

Kaviyarasan segera meminta ahli keluarganya membuat laporan polis sementara dia mula megikut kenderaan itu menggunakan GPS pada telefonnya. Pada mulanya, dia melihat trak dia memecut laju sebelum berhenti di kawasan perumahan berpagar di USJ12, Subang Jaya. Walaupun dia telah memaklumkan polis dan mereka menggeledah kawasan tersebut tetapi trak itu tidak ditemui.

Kemudian, peranti GPS menunjukkan kenderaan itu telah berpindah ke sebuah kondominium di Kepong. Sekali lagi, Kaviyarasan, diiringi oleh polis, mencari tetapi tidak menemui trak tersebut. Sekitar jam 6 pagi, peranti GPS miliknya menunjukkan kenderaan itu dihidupkan dan dipandu laju di sepanjang Lebuhraya Duke. Syarikat pemantau GPS berjaya mengekori trak itu dan melumpuhkannya dari jauh, menyebabkan ia terhenti di lebuh raya.

Ad Space 728 x 90 article-banner-v1

Pencuri itu cuba menghidupkan semula trak tersebut berkali-kali menggunakan pengacau isyarat untuk mengganggu arahan GPS. Bagaimanapun, syarikat itu terus melumpuhkan kenderaan tersebut dari jauh, akhirnya memaksa pencuri meninggalkannya. Kaviyarasan tiba tidak lama kemudian dan menemui kenderaannya dengan plat nombor palsu dan papan pemuka yang rosak, di mana pencuri tersebut cuba mengakses dan melumpuhkan sistem GPS yang dipasang.

Kaviyarasan menekankan kepentingan memasang penjejak GPS tersembunyi untuk keselamatan tambahan, terutamanya dalam kenderaan dengan teknologi tanpa kunci, yang boleh dicuri penjenayah dalam masa kurang seminit. Dia menasihatkan pemilik kenderaan supaya tidak hanya bergantung kepada penjejak GPS yang telah dipasang untuk melindungi kenderaan mereka daripada dicuri.

Ad Space 728 x 90 leaderboard-v2

Chief Storyteller

Delivering the latest automotive news and comprehensive reviews of the newest cars and motorcycles. Proudly based in Kuala Lumpur, by Malaysians for Malaysians. Owned and operated by Bikes Republic Sdn Bhd.

Ad Space 900 x 250 billboard-v2

Popular Articles