02 Jul 2026, 05:31:03 PM

Top 5 This Week

Related Posts

Nak Selesai Pinjaman Kereta Awal? Undang Baharu Malaysia Jadikan Ia Lebih Murah

Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 akan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026, iaitu empat bulan selepas diwartakan pada 30 Januari lalu, bagi meningkatkan ketelusan dan keadilan dalam pembiayaan kenderaan atau pinjaman kereta. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata tempoh peralihan boleh diberikan kepada penyedia sewa beli yang memerlukan

Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 akan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026, iaitu empat bulan selepas diwartakan pada 30 Januari lalu, bagi meningkatkan ketelusan dan keadilan dalam pembiayaan kenderaan atau pinjaman kereta. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata tempoh peralihan boleh diberikan kepada penyedia sewa beli yang memerlukan

Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 akan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026, iaitu empat bulan selepas diwartakan pada 30 Januari lalu, bagi meningkatkan ketelusan dan keadilan dalam pembiayaan kenderaan atau pinjaman kereta.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata tempoh peralihan boleh diberikan kepada penyedia sewa beli yang memerlukan masa untuk menyesuaikan sistem, dokumentasi dan proses operasi mengikut keperluan baharu. Namun, katanya penyedia yang telah bersedia boleh mula menawarkan perjanjian sewa beli di bawah rangka kerja pindaan itu sebaik sahaja ia berkuat kuasa pada 1 Jun.

Antara perubahan utama ialah pemansuhan kadar faedah rata (flat rate) serta kaedah pengiraan peraturan 78 (Rule of 78) yang sebelum ini digunakan dalam pinjaman sewa beli. Di bawah kaedah Rule of 78, sebahagian besar bayaran ansuran pada peringkat awal tempoh pinjaman digunakan untuk membayar faedah, manakala hanya sebahagian kecil diperuntukkan kepada bayaran prinsipal.

Nak Selesai Pinjaman Kereta Awal? Undang Baharu Malaysia Jadikan Ia Lebih Murah

Keadaan ini menyebabkan peminjam yang ingin menyelesaikan pinjaman lebih awal perlu menanggung baki pinjaman yang tinggi walaupun telah membuat bayaran selama beberapa tahun. Melalui pindaan ini, pengiraan pinjaman akan menggunakan Effective Interest Rate (EIR) serta kaedah baki berkurangan (reducing balance), yang mengira faedah berdasarkan baki prinsipal semasa.

Ini membolehkan kos sebenar pinjaman dipaparkan dengan lebih jelas serta memudahkan pengguna membandingkan tawaran pembiayaan antara institusi kewangan.

Pada masa sama, pindaan itu turut membenarkan penggunaan tandatangan digital serta penyerahan dokumen sewa beli secara elektronik bagi mempercepatkan proses perjanjian.

Nak Selesai Pinjaman Kereta Awal? Undang Baharu Malaysia Jadikan Ia Lebih Murah

Menurut badan industri termasuk Association of Banks in Malaysia (ABM), Association of Islamic Banking and Financial Institutions Malaysia (AIBIM) serta Association of Development Finance Institutions of Malaysia (ADFIM), institusi perbankan juga akan menawarkan diskaun muhibah bermula 1 Jun.

Diskaun ini diberikan kepada peminjam yang ingin menyelesaikan pinjaman sewa beli sedia ada yang masih menggunakan kaedah lama bagi memastikan baki pinjaman mereka lebih setara dengan perjanjian baharu di bawah sistem pengiraan terkini.

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles