Kia Sales Malaysia (KSM) kini menawarkan promosi terhad untuk Kia Carnival 2026, dengan pilihan sama ada kadar pembiayaan lebih rendah atau insentif bahan api. Bermula 1 hingga 30 April 2026, pelanggan yang membeli mana-mana varian MPV pemasangan tempatan ini boleh memilih sama ada kadar faedah 1.98% melalui bank terpilih atau rebat bahan api bernilai RM
Kia Sales Malaysia (KSM) kini menawarkan promosi terhad untuk Kia Carnival 2026, dengan pilihan sama ada kadar pembiayaan lebih rendah atau insentif bahan api.
Bermula 1 hingga 30 April 2026, pelanggan yang membeli mana-mana varian MPV pemasangan tempatan ini boleh memilih sama ada kadar faedah 1.98% melalui bank terpilih atau rebat bahan api bernilai RM 6,000.
Promosi ini melibatkan kedua-dua varian yang ditawarkan, iaitu Carnival 2.2D 7-tempat duduk dan Carnival 2.2D 11-tempat duduk (YOM 2026). Tawaran hanya sah untuk kenderaan yang didaftarkan dalam tempoh kempen tersebut.
Sebagai imbas kembali, Kia Carnival facelift 2026 ditawarkan di Malaysia dalam dua konfigurasi:
- 11-tempat duduk – RM 189,849
7-tempat duduk – RM 249,849
Kedua-duanya dipasang secara tempatan di Inokom, Kedah, dan didatangkan dengan jaminan lima tahun atau 150,000 km.
Dari segi kuasa, ia menggunakan enjin turbodiesel 2.2 liter Smartstream yang menghasilkan 202 PS dan 440 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan yang memacu roda hadapan. Kia mendakwa penggunaan bahan api sekitar 6.5 liter/100 km, dengan jarak perjalanan melebihi 900 km bagi setiap isian penuh.
