02 Jul 2026, 12:05:07 PM

Top 5 This Week

Related Posts

Android Auto Tampil dengan Wajah Baharu Serta Penambahan Ciri Terkini

Google baru sahaja mendedahkan bahawa terdapat lebih 250 juta kereta yang serasi dengan Android Auto di atas jalan raya hari ini. Namun, apa yang lebih penting, kenderaan dengan sistem “Google built-in” bakal menerima penampilan wajah baharu serta pelbagai penambahbaikan pada antaramuka pemanduan. Bermula dengan Android Auto, antaramukanya akan menerima “penyegaran menyeluruh yang membawakan sentuhan reka

Google baru sahaja mendedahkan bahawa terdapat lebih 250 juta kereta yang serasi dengan Android Auto di atas jalan raya hari ini. Namun, apa yang lebih penting, kenderaan dengan sistem “Google built-in” bakal menerima penampilan wajah baharu serta pelbagai penambahbaikan pada antaramuka pemanduan. Bermula dengan Android Auto, antaramukanya akan menerima “penyegaran menyeluruh yang membawakan sentuhan reka

Google baru sahaja mendedahkan bahawa terdapat lebih 250 juta kereta yang serasi dengan Android Auto di atas jalan raya hari ini. Namun, apa yang lebih penting, kenderaan dengan sistem “Google built-in” bakal menerima penampilan wajah baharu serta pelbagai penambahbaikan pada antaramuka pemanduan.

Bermula dengan Android Auto, antaramukanya akan menerima “penyegaran menyeluruh yang membawakan sentuhan reka bentuk peribadi, widget yang boleh dilihat sepintas lalu, serta paparan Google Maps skrin penuh pada papan pemuka anda.” Syarikat itu menambah bahawa penyegaran ini merangkumi reka bentuk yang akan kelihatan hebat pada sebarang jenis paparan, termasuk skrin infotainmen bulat milik Mini.

Sebahagian daripada kemas kini ini merangkumi reka bentuk “Material 3 Expressive” yang menyamai rekaan pada telefon pintar moden. “Material 3 Expressive” merupakan evolusi sistem reka bentuk Google yang memfokuskan kepada pengalaman pengguna yang bertenaga dan diperibadikan. Ini termasuk penggunaan animasi dan palet warna yang lebih mendalam, bertujuan untuk beralih daripada reka bentuk berfungsi tradisional kepada penampilan yang lebih ‘hidup.’ Pengguna kini boleh menyesuaikan widget yang merangkumi maklumat cuaca, kenalan kegemaran, serta pintasan ke fungsi-fungsi tertentu.

Android Auto Tampil dengan Wajah Baharu Serta Penambahan Ciri Terkini

Google turut menambah sokongan YouTube resolusi tinggi untuk Android Auto, yang bakal memberi manfaat khususnya kepada pemilik kenderaan elektrik (EV) sementara menunggu kenderaan dicas, atau bagi mereka yang ingin meluangkan masa di dalam kereta sebelum masuk ke rumah. Sama seperti beberapa aplikasi lain, paparan video akan terhenti apabila anda menukar gear, namun audionya akan tetap diteruskan.

Dari aspek audio, Google memaklumkan bahawa Android Auto akan menjalankan fungsi Dolby Atmos bagi aplikasi dan kenderaan terpilih yang menyokongnya. Malah, Spotify dan YouTube Music juga akan menerima penyegaran visual ringkas untuk pengalaman pengguna yang lebih mudah.

Sudah tentu dengan kebangkitan AI, Gemini akan memainkan peranan besar dalam kemas kini baharu ini dan akan merangkumi kedua-dua Android Auto serta kenderaan yang menjalankan sistem “Google built-in.” Bagi sistem sedia bina, pengguna kini boleh mengajukan soalan yang lebih khusus berkaitan jenama dan model kenderaan tersebut, seperti maksud lampu amaran pada papan pemuka atau dimensi ruang but.

Android Auto Tampil dengan Wajah Baharu Serta Penambahan Ciri Terkini

Selain itu, ketersediaan sistem “Google built-in” menambah satu lagi dimensi kepada Google Maps, di mana kamera hadapan kenderaan boleh digunakan untuk panduan lorong secara langsung serta arahan penukaran lorong yang lebih tepat.

Mungkin satu kemas kini yang tidak begitu dinantikan oleh majoriti pengguna adalah ketibaan sokongan Zoom. Walau apa pun, ia akan memberikan lebih kemudahan kerana anda boleh menyertai mesyuarat ketika dalam perjalanan dengan lebih mudah.

Kemas kini ini akan tiba lewat tahun ini, bermula dengan model-model daripada BMW, Ford, Genesis, Hyundai, Kia, Mercedes, Renault, Skoda dan Volvo. Model lain atau unit utama (head unit) pasaran terbuka yang menjalankan Android Auto dijangka akan menerima kemas kini tersebut selepas itu.

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles