17 Jul 2026, 11:21:55 PM

Ad Space 900 x 250 billboard-v1
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v1
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v2
Ad Space 300 x 250 medium-rectangle-v3
Ad Space 300 x 600 half-page-v1

Top 5 This Week

Related Posts

Sime Darby Berhad Dan Porsche Meluaskan Kemudahan Pemasangan Tempatan Di Malaysia

Ad Space 728 x 90 leaderboard-v1
Sime Darby Berhad dan Porsche bersama-sama mengumumkan peluasan kemudahan pemasangan Porsche di Inokom, yang merupakan sebahagian daripada kilang pengeluaran dan pemasangan kenderaan Sime Darby Motor, untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua syarikat. 
Sime Darby Berhad Dan Porsche Meluaskan Kemudahan Pemasangan Tempatan Di Malaysia

Sime Darby Berhad dan Porsche bersama-sama mengumumkan peluasan kemudahan pemasangan Porsche di Inokom, yang merupakan sebahagian daripada kilang pengeluaran dan pemasangan kenderaan Sime Darby Motor, untuk mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua syarikat. 

Sime Darby Berhad Dan Porsche Meluaskan Kemudahan Pemasangan Tempatan Di Malaysia

Kilang pemasangan tempatan yang terletak di Kulim, Kedah, telah diperbesar dan kini seluas 11,000 meter persegi untuk memenuhi peningkatan kapasiti dan menempatkan barisan pengeluaran baharu bagi model keduanya, iaitu kereta plug-in hybrid Porsche Cayenne S E-Hibrid Coupé. Model versi baharu ini merupakan kenderaan Porsche pertama yang dipasang di dalam negara untuk dieksport ke pasaran Thailand. 

Ad Space 728 x 90 article-banner-v1

Kerjasama strategik antara Sime Darby dan Porsche untuk menjana pertumbuhan dan perkembangan di rantau ASEAN merupakan pakatan jangka panjang kukuh yang dibina selama lebih sedekad. Usaha ini membuktikan kepakaran Sime Darby untuk mengasah bakat tempatan dan menghasilkan kualiti produk yang cemerlang di kemudahan kilangnya.

Pagani’s Latest Masterpiece: The Utopia Roadster

Dibuka dengan jayanya pada tahun 2022, kilang pengeluaran tempatan bagi Porsche ini merupakan yang pertama sepertinya di luar Eropah. Sehingga hari ini, kemudahan pemasangan tempatan tersebut telah melancarkan dua generasi dan lebih daripada 2,000 unit kereta sport Porsche dengan lima tempat duduk yang ikonik – kini sudah bersedia untuk beralih ke fasa seterusnya dengan mengeluarkan model PHEV yang bakal dieksport ke Thailand. Langkah menaik taraf kemudahan pemasangan bernilai tinggi Sime Darby ini juga bakal membuka peluang pekerjaan dan pemindahan ilmu baharu kepada tenaga kerja tempatan kami. 

Ad Space 728 x 90 article-banner-v2

Porsche Cayenne S E-Hybrid yang dipasang di dalam negara akan dieksport ke Thailand, salah satu daripada pasaran terbesar Porsche di rantau ASEAN, untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada peminat jenama ini di sana. Langkah tersebut menandakan pertumbuhan cemerlang dan potensi inovasi yang besar di rantau ini, menekankan kepentingannya bagi perniagaan global Porsche. 

Sime Darby Berhad Dan Porsche Meluaskan Kemudahan Pemasangan Tempatan Di Malaysia

Mempelopori Inovasi dan Teknologi Lestari 

Kemudahan pemasangan tempatan bagi Porsche telah direka dan dibina dengan mengambil kira piawaian kelestarian. Panel solar dengan sistem pemantauan pintar dipasang di atas bumbung untuk menjana kuasa yang diperlukan bagi operasi, sekali gus mengurangkan penggunaan tenaga elektrik. Sejajar dengan pembesaran kemudahan ini, kapasiti panel solar akan ditambah tidak lama lagi. Dalam pada itu, teknologi pengumpulan air hujan terus diguna pakai sebagai sebahagian daripada komitmen kelestarian menerusi penggunaan sumber asli yang berkesan.

Ad Space 728 x 90 leaderboard-v2

Chief Storyteller

Delivering the latest automotive news and comprehensive reviews of the newest cars and motorcycles. Proudly based in Kuala Lumpur, by Malaysians for Malaysians. Owned and operated by Bikes Republic Sdn Bhd.

Ad Space 900 x 250 billboard-v2

Popular Articles