02 Jul 2026, 05:16:53 AM

Top 5 This Week

Related Posts

Terus Lakukan Kesalahan Trafik Dan Anda Mungkin Perlu Menjalani Kursus Pemanduan Defensif

Kementerian Pengangkutan kini sedang mempergiat usaha untuk meningkatkan keselamatan jalan raya, dan salah satu langkah yang sedang dipertimbangkan adalah pelaksanaan kursus pemanduan defensif mandatori bagi pemandu yang mempunyai rekod kesalahan trafik atau lesen yang digantung. Laporan oleh Bernama memperincikan lagi bahawa langkah tersebut berpunca daripada fokus kementerian untuk menambah baik kurikulum sedia ada, terutamanya dalam

Kementerian Pengangkutan kini sedang mempergiat usaha untuk meningkatkan keselamatan jalan raya, dan salah satu langkah yang sedang dipertimbangkan adalah pelaksanaan kursus pemanduan defensif mandatori bagi pemandu yang mempunyai rekod kesalahan trafik atau lesen yang digantung.

Laporan oleh Bernama memperincikan lagi bahawa langkah tersebut berpunca daripada fokus kementerian untuk menambah baik kurikulum sedia ada, terutamanya dalam meningkatkan kemahiran pemanduan praktikal dan mengelak kemalangan, berbanding hanya ujian asas untuk mendapatkan lesen memandu pada masa ini.

Terus Lakukan Kesalahan Trafik Dan Anda Mungkin Perlu Menjalani Kursus Pemanduan Defensif

“Ini merupakan pendekatan baharu yang ingin kami perkenalkan, sama ada secara mandatori atau menggalakkan pemandu yang lesennya digantung serta kes-kes serupa untuk kembali mengikuti kursus pemanduan defensif atau menjalani latihan pemanduan yang lebih selamat dan bertanggungjawab bagi mengelakkan kemalangan,” jelas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Bagi aspek keselamatan kenderaan roda dua pula, kementerian akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk melaksanakan langkah-langkah yang lebih fokus, terutamanya bagi pelajar sekolah menengah yang berulang-alik ke sekolah menggunakan motosikal.

Ini bakal menyaksikan program MyLesen B2, sebuah inisiatif yang menawarkan lesen motosikal B2 secara percuma kepada golongan B40, diperluaskan ke sekolah menengah bagi memastikan pelajar yang menunggang motosikal menerima latihan formal yang sewajarnya agar dapat menunggang dengan lebih baik dan seterusnya mengelakkan kemalangan.

Rob Lewis

Rob is a senior writer at Urban Observer, with more than 10 years of lifestyle magazine experience. Passionate and detail oriented, he has a proven track record of reliability and fairness that sets him apart from others. Always looking for the next big story!

Popular Articles